my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kembali berblog!!

Salam Sejahtera....

Fuhh.....bersawang blog aku ni, dah beberapa hari balik dari Semenanjung tapi masih belum dapat mengupdate blog. Sibuk kemas rumah yang di tinggalkan hampir 2 minggu tu. Kemudian pergi cari barang untuk peti ais ku yang ala kadar je isinya, dibuatnya tetamu datang nak beraya, memang takde apa nak hidang.

Selepas 2 hari berkemas bagai, ada tetamu pula nak beraya. Aku masak rendang ayam, kuah kacang dan lodeh serta nasi empit. Tengok gaya tetamu ku tu tak pandai makan lodeh, orang Sabah......tak sesuai dengan selera dia kot...

Aku tanya isteri dia, orang sini kalau raya pertama makan apa ek? Kata dia, mereka makan sup2 biasa je.....hemm...kalau kat Kelantan, hari raya haji semua rumah menu sama je, sup daging atau tulang lembu dan daging goreng. Bagi famili ku, menu raya tak menentu (raya pertama) kekadang mak buat nasi beriani, kekadang lodeh dengan nasi empit, kekadang laksa Johor. Jadi takde la boring sangat kalau setiap tahun menu yang sama je.

Cuma tahun ni aku tak merasa masakan mak pada raya pertama kerana beraya sebelah suami. Hari ke empat baru dapat pulang ke KL. Sebenarnya banyak cerita yang aku nak tulis tapi mood menulis ku terbantut kerana celcom 3G ni kekadang buat aku badmood.

Ada masa aku sambung ye.....err...rasa macam nak pergi jalan2 makan angin la...

3 ulasan:

  1. selamat hari raya maaf zahir batin dan selamat kembali berblog.

    BalasPadam
  2. wah...skg kat sabah rupanya...mmg selera orang sabah lain sikit dari orang semenanjung..papepn, kalau sy, sya makan je semua..janji kenyang..hehe

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)