my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

kisah RAYA, dugaan kami!

Salam Sejahtera....

Masih mood hari raya? Bagi aku di sini, mood raya dah habis, mungkin tidak kalau di samping keluarga tercinta. Masa baru2 balik raya tempohari, jenuh juga mencari kuih2 raya di shopping komplek, tapi tak ada......jadi, di rumah ku sekarang memang tak ada kuih raya. Kalau ada tetamu yang datang mengejut, makanlah apa yang ada, biskut kering ke, keropok ke, kerepek ke......yang penting ada terhidang atas meja.

Macamana nak mula ye? Perjalanan pulang ke semenanjung berjalan lancar. Bas dua tingkat yang aku naik (mulanya takut gila) seronok pula rasanya. Mungkin sebab seat kami di bahgian bawah. Aku pun tak rasa sangat nak ke tandas. Alhamdulillah, pukul 5.30 pagi kami sampai ke pantai timur. Kiranya 'fobia' naik bas dua tingkat tu dah hilang....hehe...

Sehari sebelum raya (rumah mertua) aku anyam ketupat yang daunnya di ambil sendiri oleh adik ipar ku. Nak tau? seumur hidup aku tak pernah masak ketupat sendiri, selalunya aku anyam je, mak yang isikan beras dan rebus hingga selesai. Tapi kali ni 'dalam sejarah perkahwinan ku' aku masak ketupat dari mengayam hinggalah menjadi ketupat yang dapat pujian dari mertua.....haha...kembang semangkuk ni!!
 Jangan tak percaya, aku yang buat tu.........malas nak tunjuk gambar masa aku anyam ketupat, dengan kain batik bagai.......rasa bangga semacam walaupun yang makannya cuma kami sekeluarga. Bermakna, raya akan datang aku boleh buat lagi. Itu pun kalau ada orang yang rajin panjat pokok kelapa. Sebenarnya, boleh beli daun kelapa tapi mahal khabarnya, tak berbaloi.


Tak payah la aku cerita terperinci saat2 sebelum raya tu, aku rasa semuanya sama dengan orang lain. Hari pertama dah tentu ramai tetamu hinggalah hari ke dua. Kalau hari pertama kami masak lodeh, rendang ayam dan lain2, raya ke dua pula aku buat laksa johor. Buat simple je untuk makan sekeluarga. Tapi bila tetamu datang terpaksa juga la hidang hingga tak cukup seperiuk. Sebelum aku bertolak pulang ke KL, aku masakkan lagi kuah laksa untuk adik2 yang tak dapat merasa hari tu.

Raya ke empat, kami bertolak pulang ke KL dengan menaik bas dua tingkat juga. Kali ni kami duduk bahgian atas. Serious, aku rasa ngeri sebab bas ni aku rasa sempit sikit dan penumpang pun ramai. Cuaca pula panas terik dan tak terasa aircond. Perjalanan dari pukul 8.45 pagi, sampai ke rumah kakak lebih kurang pukul 8.30 malam. Lama kan? Badan dah naik berlengas, lepas tu aku rasa macam naik kuda pulak. Rupanya kalau duduk belah atas lebih teruk terhentak2. Lepas ni kami akan lebih bersedia kalau nak balik beraya, maksudnya kena awal2 booking tiket flight.

Kenapa sampai lewat? Dalam perjalanan, bas tersondol kereta pulak.........katanya bukan salah driver bas tapi salah kereta. Apa pun kalau dah menyondol orang depan, orang belakang la yang di salahkan. Pot...pet..pot..pet driver bas dengan driver kereta, sampailah ke balai!!! Kami yang dalam bas ni pun tersampuk sama, ikut ke balai. Melepak la kami depan balai polis, duduk kat bas stop.......makan angin free...tekak haus, perut lapar. Balai polis tu jadi mangsa kami guna untuk membuang hajat.

Lebih kurang sejam, baru settle masalah kat balai. Teruskan perjalanan ke KL. Lega kami rasa. Tak sabar nak mandi dan sebagainya. Hampir pukul 8 malam kami tiba di Hentian Putra. Lepas penumpang turun, tinggal kami yang akan meneruskan perjalanan ke Seremban. Baru bas bergerak sikit, tetiba aku dengar macam bas langgar sesuatu. Ya Allah, pintu bagasi tanggal pulak!! Agaknya masa mereka keluarkan beg, pintu tak tutup rapat. Jadi bila bas bergerak kedepan, pintu tu tersangkut pada tiang bangunan.

Berhenti lagi beberapa minit sementara mereka betulkan apa yang patut. Aku nampak dari atas, mereka alihkan beg2 ke bahgian sebelah pula. Aku pun hairan, banyak betul halangan kami nak sampai ke destinasi hari ni. Dah macam drama pulak! Mungkin driver letih sangat kot, kesian juga aku tengok. Nak salahkan dia, tak boleh juga, benda nak jadi......tak siapa boleh halang. Cuma aku bersyukur, sampai juga aku dan keluarga ke destinasi kami untuk beraya dengan keluarga ku pula.


Cerita ku bersambung nanti.....

2 ulasan:

  1. Lepas ni mak mentua mesti akan sebut selalu..kalau menantu aku yg tu balik senang lah sikit emak nih..
    tak yah lagi dok balut ketupat jawi ni...hee
    tahniah ada peningkatan..hee

    BalasPadam
  2. harap2 begitulah hendaknya, nak memikat hati org tua, sanggup berkorban apa saja....

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)