my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kuih Getas

Selamat pagi, salam sejahtera sahabat kakpb yang dikasihi...
Rajin pula nak update, mood ada mari ni...

Sebenarnya kakpb kurang sihat semalam. Ingatkan nak masak special sempena ulangtahun perkahwinan kami, tapi tak larat sungguh. Badan sakit-sakit. Agaknya masa cikgu outstation 4 hari tempohari, kakpb berkemas alih barang dan sebagainya, tu yang sakit badan.
 Kakpb memang suka ubah letak barang dalam rumah. Bila bosan je, mulalah cari idea nak ubah kedudukannya.


Sarapan pagi ni kakpb buat kuih getas, bosan asyik roti je. Anak bujang kakpb tu susah nak makan makanan berat waktu pagi. Susah hati kakpb fikirkan dia tu. Tapi kalau manis.....huhu....laju je masuk ke mulut.

Kakpb buat ikut sukatan sendiri je. Ada tengok kat blog siapa agaknya, lupa pulak nak bookmark.

1 cwn tepung pulut
1/2 cwn tepung gandum
sedikit gula pasir
1/2 cwn kelapa parut putih
secubit garam
air secukupnya untuk menguli
minyak untuk menggoreng

Gaulkan semua bahan di atas sehingga sebati.
Kepalkan menjadi bentuk leper atau bergulung seperti yang kakpb buat.
Goreng dalam api yang sederhana besarnya.


 
Untuk sira gula, kakpb letak dalam 3 sudu penuh gula pasir bersama sedikit air saja.
Kalau air lebih, jenoh pula nak menunggu dia pekat.
Panaskan air dan gula dalam kuali. Bila dah likat dan nampak gula berbuih2 boleh masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Gaul rata hingga kering. 
Dah siap!

8 ulasan:

  1. Sedapnya kuih getas ni. Boleh cuba hari minggu ni buat kuih ni.

    BalasPadam
  2. Sedapnya zana, akak selalu beli jer kuih ni... akak suka kuih sebab kenyal-kenyal gitu bila dikunyah...

    BalasPadam
  3. Aaargh...! kuih peberet saya ni... nyum2x

    BalasPadam
  4. wah..senang je buat kuih ni.boleh cuba ni.TQ kak..

    BalasPadam
  5. sy plak yg da terasa manis nyer ;-)

    BalasPadam
  6. Ooo kuih getas ya...kita selalu beli kuih ni. sedap .tapi tak tau nama dia..now dah tau...he..he

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,
    Alahai, macam jakun pulak saya rasa, tak pernah mkn lagi kueh ni, tp nampak macam sedapla..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)