my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tahniah anak, mewakili Sabah pula

 
Tahniah anaknda ibu Aziz Iskandar kerana terpilih mewakili Sabah dalam English in Camp. Seramai 4 orang termasuk Aziz akan ke Perlis katanya. Mungkin bulan depan.

Alahai....makin jauh anak ibu pergi cari ilmu, risau ni. Tapi hari-hari ibu doakan yang terbaik. Ibu tau, anak ibu bukanlah fasih sangat berbahasa Inggeris, anak ibu ni pemalu sikit. Ibu perhatikan anak ibu ni sukakan cabaran. Kalau cikgu suruh volunteer, dia yang angkat tangan. 

Baguslah.....walaupun tak begitu fasih Inggerisnya, sekurang2nya dia tidak pasif seperti setengah budak yang suka sorok2 muka, duduk kat belakang, rasa takut dan tak yakin. Sejak tadika lagi dia suka sangat tonjolkan diri. Dia suka dipanggil ke pentas terutama kalau disuruh buat sesuatu yang ada ganjaran. Bialah budak-budak!!

Harap-harap bila berjauhan anak ibu pandai pilih sahabat yang baik, yang tidak merosakkan dirinya.
Buktikan pada mereka yang dulu memperlekehkan anak ibu.

 

11 ulasan:

  1. sebagai ibu,tumpang bangga dgn kejayaan Aziz...semoga terus mengharumkan nam aibu dan ayah..

    BalasPadam
  2. Tahniah Aziz Iskandar..Moga beroleh kejayaan Di Perlis pula ye ;)

    BalasPadam
  3. Tahniah untuk Aziz!!!!!
    Semuga aziz pulang dengan kejayaan..insyaallah..
    Kalau tak berjaya pun tak apa..at least Aziz dah Cuba !!!!

    BalasPadam
  4. Tahniah Aziz! Teruskan usaha... maju ke depan, cemerlang, gemilang & terbilang!

    BalasPadam
  5. jauh terbang..
    kak pb tak ikut sekali ke?
    tahniah..yang penting dia berani. ada budak pandai tapi malu..tu yg payah

    BalasPadam
  6. Tahniah buat Aziz dr auntie, semuga cemerlang dunia Serta akhirat. Amin.

    BalasPadam
  7. Tahniah...sbg parent kita berikan sokongan

    BalasPadam
  8. tahniah ya..moga berjaya membawa kemenangan..In Sha Allah..

    BalasPadam
  9. tahniah buat Aziz. bila kePerlis nanti bolehlah ibu ikut sekali ye..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)