my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Takoyaki, gantikan fish flake dengan sate ikan

Semakin hari semakin malas nak update blog ni. Bukan apa, idea dah hampir pupus kot. Maklumlah....usia meningkat ni tenaga nak berblog pun macam lemau je. Tak sama masa baru2 buat blog dulu. Sekali update, baca sendiri, syok sendiri....hehe...
Sekarang ni update lebih kurang, belek2 kejap blog kawan, komen sana sikit sini sikit, dah log out. Tak larat nak ngadap lama-lama. Tugasan pula tak pernah surut. Hari-hari termasuk sabtu dan ahad pun bertugas tau!!
 Ok...beberapa hari lepas kakpb asyik bereksperimen takoyaki je. Sebab anak bujang kakpb tu suka sangat takoyaki ni. Sekali keluar beli RM3.50 ada 3 biji. Kalau hari2 nak? Sebulan dah berapa? Oklah anak sorang, dibuatnya anak ramai......tepok dahi ibu!
Masalahnya bukan pasal harga atau hari2 kena keluar duit belanja anak. Kakpb selalu persoalkan, orang yang buat tu bersih atau tidak, paling penting solat atau tidak. Bila kita buat sendiri, bolehlah kita jampi serapah dengan selawat dan zikir nama Allah kan.....
Bulat tak? oklah kan.....

Sebenarnya kakpb dah lupa kat mana salin resipi takoyaki ni. Minta maaf sangat pada tuan punya resipi. Mungkin sebab terlalu banyak carian diblog, sampaikan kakpb tak boleh ingat nama blog tu. Bagaimana pun kakpb nak ucap terima kasih jugalah.......resipi yang simple dan sedap sangat. Kakpb ni bukan penggemar makanan Jepun melainkan anak je. Bila beli takoyaki kat luar, memang kakpb tak teringin nak makan. Tapi bila dah buat sendiri, sedap pula.



 
Takde fish flake, kakpb tumbukkan sate ikan dan tabuuuuuur!!
Guna acuan kuih cara ye adik-adik manis :)

TAKOYAKI
@blogsurirumah
 
50 gm tepong gandum
30 gm potato starch
200 ml susu segar/kotak
1 sk baking powder 
1 biji telor
kiub pati ikan bilis

Kakpb blend semua dalam blender. Gunakan acuan kuih cara untuk membentuk jadi bulat tu agak susah juga. Kena sabar sebab acuan tu takde penghadang tepinya. Jadi adunan mudah melimpah keluar. 
Taburkan sayur2an dan bila adunan dah garing sikit, kakpb balikkan dan tuang lagi adunan hingga menjadi bulat.

Bahan-bahan sayur kakpb guna kobis, karot dan lada benggala. Hiris kecil2. Disebabkan tiada TAKOnya, kakpb guna udang dan crab stick.

Sos takoyaki pula kakpb ikut citarasa sendiri. Masak gula melaka/kabung dengan air. Tambah sikit gula pasir. Masukkan sedikit sos tomato, kicap pekat, sedikit sos cili. Bawang putih dan sedikit halia ditumbuk. Ikut resipi kawan2 yang kakpb tengok, ada yang letak air asam jawa. Boleh juga tu. Sos worcestershire memang takde dalam simpanan. Dulu2 rajin masak burger sendiri, ada juga beli.

Bila dah siap bulat2 dalam pinggan, curahkan sos tadi. Picitkan mayonis dan thousand island. Kakpb ganti fish flake dengan sate ikan. Tumbuk halus dan taburkan atas takoyaki....hehe....kretif tak?

6 ulasan:

  1. salam perkenalan dari saya..

    BalasPadam
  2. kak, whatsapp bleh pakai lagi tak??

    dah salin resepi tapi ada beberapa ptanyaan, hehehe

    BalasPadam
  3. pernah beli jer... tak tau nak wat sendiri, tapi nengok bahan2 tuh mcm x komplicated sgt kan

    BalasPadam
  4. Assalam kak Pb,
    samalah macam kita sekarang dah tak nak languk lama2 depan pc mengupdate blog..
    sikit lebih kurang aje dah..asal blog terupdate..kalau tak buat bodoh saja..hehe..
    sama juga macam kita tak berapa sangat makanan jepun ni..nak buat sendiri belum lagi ada keinginan kot..hehe

    BalasPadam
  5. salam singgah kak.. sama la macm wani ni dah lemau sangat ni kak.. nak update blog ..tapi bila tengok blog kejap terus naik semangat hihi .. wani ni memang peminat takoyaki tapi x tau la lak ada blh buat sendiri.. ingatkan guna acuan dia tu ... memang jimat habis lah.. tq kak sudi kongsi .. x sabor je nak buat tapi x de acuan kuih tu...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)