my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Edisi Blog yang menarik hati



Ramai yang dah update pasal #kelabbloggerbenashaari, kakpb je yang ketinggalan. Sebenarnya seminggu cuti sekolah ni anak kakpb kena chicken pox. Elok habis exam upsr hari tu (tangguh la pulak!!) dia terus kena. Memang nasib nak kena time cuti.

Maka berkurunglah kami, ibu ayah dan anak dalam rumah. Chicken pox ni banyak pantangnya kan.....tak boleh kena hujan, makan kena jaga, malam2 merengek sebab gatal dan macam2 kerenah dia. Hari pertama kena tu kakpb tak perasan lagi sebab dia belum demam. Kebetulan kakpb tak sihat, pergi klinik kerajaan, masa tulah nampak bintik2 kecil kat leher dia. Terus jumpa doktor ibu dan anak.

Esoknya makin banyak tumbuh. Badan makin panas, belikan cool fever dan ubat doktor bagi tak jalan. Selepas 3 hari, tak boleh tahan ibu dia tidur tak tentu arah dek menggosok badan dia, kami bawa ke klinik swasta. Doktor bagi ubat anti virus, agak mahal RM105 kosnya. Takpelah asalkan chicken pox tu boleh mengecut dan mengurangkan gatal.

Kiranya cuti sekolah kali ni paling mengecewakan dia. Tak dapat join liga bola UMS yang biasa dia join, tak dapat keluar makan2 shopping complex, tak dapat berbasikal, skate board dan lain2 lagi. Kesian juga tapi nak buat macam mana? Sabar je laaa......

Oh ye, ada yang nak join KBBA tu dipersilakanlah ye. Khabarnya kena dapat approve dari admin dulu. Kakpb dah lama join, whatsapp geng Sabah pun join....bolehlah korang ping entry blog disana. kakpb ni jarang berfacebook, kadang tu ping di twitter, itu pun boleh lupa...rugi tak join kalau anda rajin update blog.


Paling kakpb suka bila Play Store google dah ada aplikasi untuk mereka yang suka membaca. Korang boleh download "edisi blog" di handphone pintar masing-masing. Boleh juga daftar disitu untuk ping blog kita. Ni yang kakpb suka sebab kakpb kadang takde masa nak ngadap laptop atau pc. Boleh la sambil masak sambil baca blog kawan2. Best kan?



19 ulasan:

  1. Assalamualaikum Zana...

    kakcik masih banyak ketinggalan lagi ni untuk sertai mana-mana kelab... nak mula perlahan-lahan kayuh... :)

    BalasPadam
  2. kasihannya anak akak tak sihat yea. Memang banyak pantang larang sakit tu.. Tak apa, nanti bila dah sembuh boleh sambung aktiviti yang tertangguh tu. Ada tengok juga pasai kelab blogger ini Akak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak dah lama join, cuma belum jumpa ahli kbba..

      Padam
  3. Kalau kena chicken pox ni mmg byk pantang yg kena ikut..moga anak akak cepat sembuh.

    Dah install aplikasi tu kak. Senang nak ping dan bw :)

    BalasPadam
  4. Musim org sakit agaknya kan. Cuaca pn tak elok utk kesihatan..moga anak sembuh cpt2 abeskn exam.

    BalasPadam
  5. Pengguna iphone masi blom dpt gunakan apps ni... Sedeyyyyy...

    BalasPadam
  6. akak pun jarang dpt updet blog, nak blogwalking pun tertangguh.tak pandai guna hanfon. info yg zana bagtau ni sangat membantu..

    kesian anak..cuti sekolah kali ini kena bercti betul-betul.moga cepat sembuh..

    BalasPadam
  7. as salam. abe kie pun join kelab blogger ben ashaari ni..ramai dpt kenalan baru...Alhamdulillah..

    BalasPadam
  8. salam perkenalan dari ros.. singgah sini dan follow..

    BalasPadam
  9. yeah sy pun dah ada edisi blog ne kak zana

    BalasPadam
  10. Salam ukhwah, bnyk pantang larang chicken pox ni xleh mkn kicap nanti berparut tp tu yg sdp, Cikna guna calamine lotion xgatal sngt...'

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)