my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Wantan Goreng

Jangan gelak tengok wantan kakpb ye, rupa tanjak pun ada. Kisahnya kakpb dah lama sangat beli kulit wantan tu. Teringin nak makan sebab selalunya bila ke CRS kakpb mesti ngap dulu benda ni....(kenapa rasa kaku jari ni menaip? sah2 sebab dah lama tak guna keyboard, asyik taip kat handphone je)

Resipinya simple kakpb tengok satu blog tu. Dah lupa la.....manjang je kakpb ni lupa blog mana kakpb  singgah. Kakpb share juga walaupun tak berapa lengkap resipinya. Ikut citarasa sendirilah ye.,,



Ayam dicincang halus, sukahatilah nak guna ayam ke, daging ke, udang ke...
Kakpb tak guna ayam kisar ramly tau
Carrot dicincang halus
Bawang putih pun cincang
Kicap cair
sedikit tepung jagung
garam
olive oil
lada sulah

Gaulkan semua bahan diatas dan biarkan seketika.

Keluarkan kulit wantan, letakkan isi ayam tadi.
Balut sesuka hati kita ye puan-puan....

ikut mcm dalam video ni..
.

Selesai semua, bolehlah goreng dalam minyak panas. Kakpb mulanya balut banyak2 baru goreng, rupanya inti ayam tu lembab jadi tembus ke kulit wantan. Lepas ni tau dah, balut terus goreng, takyah tunggu.

Nak selit sikit cerita pasal semut,  lalat, lipas, cicak kat rumah kakpb. Banyak tau, tak menahan mata ni tengok tahinya kat dinding. Kotor rumah kena pulak dinding putih.
Bila dah ada serai wangi ni, spray je mana tempat yang binatang tu suka duduk. Confirm tak datang lagi. Spray atas meja makan dan lap, lalat taknak hinggap. Kalau hinggap kat lantai, spray pulak lantai, mop....huhu...takut dia.

Sekarang ni lega mata kakpb tak nampak lalat dan cicak merata2 dalam rumah.







6 ulasan:

  1. Baru-baru ni saya pun buat wantan goreng, isi ikan tenggiri campur jagung krim. Memang ikut suka hati kita kan kak kalau nak buat inti, yang penting seisi rumah boleh makan he heheh.

    BalasPadam
  2. salam kakpb..

    lamanya tak singgah sini..rindu la..tapi wantan goreng tu sangat menggoda apatah lagi ketika perut yang lapar ni..heheh..

    BalasPadam
  3. Sedap buat minum petang ni KPB.. kena pulak kopi O panas.. pergh ;)

    BalasPadam
  4. Sedap makan kuih ni. Buat minum petang kan Akak.

    BalasPadam
  5. haaaaa.. kak zana,, lama dah cari spray serai tu... x jumpa... huhu

    BalasPadam
  6. kat mana beli spry serai wangi tu zana.rmh akak bnyk cicak.puas dah bubuh ubat dan perangkap..tak jalan jugak.kekadang terkejut tetiba terjatuh dari siling, dah besar macam cicak kubing..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)