my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label pengumuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengumuman. Papar semua catatan

Simple Hijab

Kakpb rasa ramai dah yang follow Instagram/Facebook SimpleHijab. Kalau dah follow tu,baik daftar sbg ah!i. Tak kena bayar pun. Kakpb yakin mesti adik2 dan kaum hawa suka. Kakpb share link ni Simplehijab.

Letsmasak

Salam sejahtera sahabat yang kakpb sayangi....

Update ringkas je hari ni, harap semuanya sihat ye. Ok, dah lama kakpb nak update pasal ni tapi asyik tertangguh je. Alasan biasa, sibuk dan sibuk....hehe...

Taknak bebel panjang, korang dah follow IG Letsmasak? Senang nak masak apa2 boleh refer kat sana. Mana yang takde instagram boleh tengok kat SINI. Mana yang ada blog, takde pun takpe, boleh letak widget dia kat blog setelah register nama disana.

Contoh widget yang kakpb dah letak ada bawah2 entry ni. Rajin2kan jari tu scroll ye adik-adik sayang!


Edisi Blog yang menarik hati



Ramai yang dah update pasal #kelabbloggerbenashaari, kakpb je yang ketinggalan. Sebenarnya seminggu cuti sekolah ni anak kakpb kena chicken pox. Elok habis exam upsr hari tu (tangguh la pulak!!) dia terus kena. Memang nasib nak kena time cuti.

Maka berkurunglah kami, ibu ayah dan anak dalam rumah. Chicken pox ni banyak pantangnya kan.....tak boleh kena hujan, makan kena jaga, malam2 merengek sebab gatal dan macam2 kerenah dia. Hari pertama kena tu kakpb tak perasan lagi sebab dia belum demam. Kebetulan kakpb tak sihat, pergi klinik kerajaan, masa tulah nampak bintik2 kecil kat leher dia. Terus jumpa doktor ibu dan anak.

Esoknya makin banyak tumbuh. Badan makin panas, belikan cool fever dan ubat doktor bagi tak jalan. Selepas 3 hari, tak boleh tahan ibu dia tidur tak tentu arah dek menggosok badan dia, kami bawa ke klinik swasta. Doktor bagi ubat anti virus, agak mahal RM105 kosnya. Takpelah asalkan chicken pox tu boleh mengecut dan mengurangkan gatal.

Kiranya cuti sekolah kali ni paling mengecewakan dia. Tak dapat join liga bola UMS yang biasa dia join, tak dapat keluar makan2 shopping complex, tak dapat berbasikal, skate board dan lain2 lagi. Kesian juga tapi nak buat macam mana? Sabar je laaa......

Oh ye, ada yang nak join KBBA tu dipersilakanlah ye. Khabarnya kena dapat approve dari admin dulu. Kakpb dah lama join, whatsapp geng Sabah pun join....bolehlah korang ping entry blog disana. kakpb ni jarang berfacebook, kadang tu ping di twitter, itu pun boleh lupa...rugi tak join kalau anda rajin update blog.


Paling kakpb suka bila Play Store google dah ada aplikasi untuk mereka yang suka membaca. Korang boleh download "edisi blog" di handphone pintar masing-masing. Boleh juga daftar disitu untuk ping blog kita. Ni yang kakpb suka sebab kakpb kadang takde masa nak ngadap laptop atau pc. Boleh la sambil masak sambil baca blog kawan2. Best kan?



Bloglist

Assalammualaikum...

Kakpb telahpun meletakkan link teman2 yang kakpb selalu kunjungi di halaman di atas. Sekiranya ada yang belum kakpb masukkan, sila beritahu ye.

Blog List Surirumah - siapa yang sudi?

Assalammualaikum,

Update ringkas je pagi ni....
Kakpb nak buat satu halaman untuk blog list supaya senang kakpb meround blog follower atau bukan follower.
Ada yang sudi?
Tinggalkan link di sini ye.....

Terima kasih sudi jadi teman kakpb yang tak vouge ni :)

Sebab apa saya tak guna ID Google bila komen di blog?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Mungkin ramai blogger yang dah tau tentang penggunaan ID Google bila membuat komen di blog teman-teman. Tapi mungkin juga ramai yang tidak ambil kisah. Dulu-dulu pb biasa guna ID google tapi bila terbaca di blog SERI BAHASA  barulah pb faham.

Bila kita tinggalkan komen di blog orang tanpa meninggalkan alamat URL blog kita, kadang kala mereka malas nak cari kat profile kita tu. Kalau ada satu blog, ok la. Kalau ada 4 hingga 5 blog?

Pb biasa gunakan nama zanafahmi, zanafahmi/PB, pondokburok dan kakzana. Memang kadang2 ada yang pening kepala memikirkan siapa agaknya dia ni kan? Tapi pb dah tulis url sekali kat situ dan tak perlu buka profile. Cuma kat komen tu takde ler gambar pb. Tak glamer la ek? Takpe....yang penting kerja tuan punya blog tu dah senang.



Untuk lebih memahaminya, boleh baca kat sini, sekian.
Terima kasih pada SeriBahasa kerana artikel ni.

Segmen : Cenderahati Dari PCL n MamaDiana

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

PCL dan Mamadiana nak bagi cenderhati, aku nak join la......senang je...aku pun dah masak pagi tadi. Boleh ngadap komputer kejap.


PCL dan Mama Diana, akak suka entry ni....http://villakejora.blogspot.com/2011/05/supprise-dan-tauladan.html sebab ada lucu, suspen dan pengajaran.

Itu saja, senang kan? Agak2 apa cenderhati yang nak diberi tu? Siapa2 nak join, boleh la klik blog mereka sebab mereka berdua ni peramah orangnya...hehe....ayat macam bodek je kan...

Ada juga telor palsu eh?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Assalammualaikum semua, pagi sabtu yang disirami hujan kawasan rumah kami. Sejuk dan nyaman. Namun kenyamanan ini aku diserang sakit perut dan muntah. Tak pernah selama ini aku muntah kalau sakit perut. Bukan ada apa-apa ye!! Pening, sakit badan, tekak loya, sakit perut dan pedih ulu hati mungkin simpton gastrik. Sebelum ni pun dah biasa alami cuma tak sampai ke tahap muntah pula. Bagaimana pun aku dah telan pil, setakat ni alhamdulillah, belum lagi panggil ambulan......hehe....

Sekarang sibuk2 orang cerita pasal telor palsu, ada juga eh? Macam-macam rekaan sekarang, kalau berfaedah takpe le.......ni tak, menyusahkan orang je. Aku nak kongsi kat sini gambar telor yang palsu tu, mungkin kat blog2 dah ada, kita share sekali lagi.......

Ambil dari facebook kawan....
Agak-agak ada tak kita terbeli telor palsu ni? hurmmm.....macam tak ada beza je........pernah juga masa di kampung mertua, kopek telor, punyalah susah kerana salutan nipis tu melekat. Tapi tak pastilah samada palsu atau tidak. Kalau tak direbus, mana la nak tau palsu? Dibuatnya kita goreng telor, tak nampak la kepalsuan tu melainkan kena belek bentuk dia. Menyusahkan betul!!