my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

17 ramadan

Salam Sejahtera....

Hari ni hari ke 17 kita berpuasa. Alhamdulillah......si bujang aku tu hingga ke hari ni masih bertahan lagi. Cuma bila hari terlampau panas sangat, dia merungut juga. Ye la.....orang dewasa pun kekadang tewas, apatah budak 7 tahun? Bagaimanapun aku cuba beri semangat kat dia supaya bertahan. Masalahnya anak aku ni tak reti tidor siang, ada je benda dia nak buat.......bebudak sekarang ni aktif betul......


Dah la bangun pagi pukul 4..........lepas makan sahur, tak tidur langsung. Pukul 5.30 dah siap2 nak ke sekolah. Sejak puasa ni selalunya kami hantar waktu pagi, balik dengan bas. Kalau naik bas pagi, kesian pulak dia terkejar2. Tahun ni aku respect betul sebab dia tak merungut langsung samada lapar atau dahaga. Mungkin daripada umur 5 dan 6 tahun dah di latih berpuasa, jadi senang la sikit tahun ni.

Ni aku nak cerita pasal 'si hitam' ni........selalu datang melepak depan rumah ku. Kalau datang mesti mengadap si tok K aku tu. Mentang2 la tok k tu tak bersuara, dia berani la. Tapi, kucing jiran ku ni memang manja. Kalau aku tegur, dia mesti datang minta belai. Cuma yang tak bestnya dia ni, badan kurus kering. Muka comel........teringat pula si Tam aku yang dah 'arwah' dulu........
tengok la tu............kalau melepak kat situ dari pagi sampai tengahari.........tuannya pun tak kisah agaknya kucing dia tak balik2.

6 ulasan:

  1. sape nama rabbit tuh....comeynye...nak tak kawan ngan rabbit sha...name dia jenab:)

    BalasPadam
  2. hai sha....jenab nama arnab sha? hehe....klasik la nama tu...
    akak punya Tok K, jantan tapi manja mcm betina, cmne tu?

    BalasPadam
  3. bagus training dari kecikkan...

    comeilah pulak tuceng & arnab tu..hehe

    BalasPadam
  4. Ya Allah... sebiji cam Mahzuz! cara dia melepak... cuma muka dia ada putih sikit - beza dengan mahzuz!

    Geramnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  5. ehhh bagus tul posing rehat2 tepi rabbit tuh ...

    mcm org tua2 nyembang plak ...

    BalasPadam
  6. sorry Posh, razif dan kak-e.....lambat balas..

    terima kasih bagi komen kat sini, akak memang suka sangat kucing dan yang seumpamanya. cuma skg ni tak dpt nak bela.....tumpang kasih kucing orang je....balik ni nak peluk puas2 kucing kakak!

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)