my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Air terjun Kiansom

Salam Sejahtera....

Sabtu lepas, ingat nak mandi manda jauh sikit dari rumah. Rancang punya rancang......fikir punya fikir.....malas la pulak! Cuaca panas2 ni rasa lebih selesa melepak di rumah je. Tapi kesian pula kat anak tu, cuti seminggu cuma pergi shopping komplek je. McDonald dan makan.....makan....

Kiansom air terjun ni kami cuma dengar nama dan baca di internet je. Tak jauh dari bandar, setengah jam dah sampai. 9.30 pagi kami keluar rumah, lebih kurang pukul 10 dah terpacak kat sana. Awalnya? Memang pun......orang baru empat lima orang kat situ. Aku gorengkan ayam, bawa buah limau, kuaci dan air kotak. Tikar sekeping untuk lepak2. Jadi la........tak payah susah2 nak cari kedai tepi jalan.

Air terjun disini takde la besar mana pun cuma batu2 besar dan agak merbahaya untuk budak2 dan kaum perempuan yang berat macam aku ni. Nak mendaki ke satu batu......fuhh...baru terasa 'keberatan' aku selama ni.....
Bagaimana pun aku rasa ok la tempat ni, walaupun kecil, setakat nak mandi dan seronok2 bawa anak melepaskan tension.

huhu....budak penakut ni, macam ibu dia juga....

tengok la tu!! bukan nak berendam dlm air lama2.......menggigil2 badan dia..

Kesudahannya, kami cuma lepak2 sambil berborak tiga beranak. Semakin lama semakin ramai budak2 sekolah datang, ada yang bayar (tiket 1.50 je) ada yang cilok kot mana hutan tah.....takde duit nak masuk agaknya tapi teringin nak seronok2 dengan kawan. Bila tukang jual tiket tu masuk, kelam kabut dia orang menyorok celah2 batu. Kesian pula aku tengok......


3 ulasan:

  1. Ahad aritu bawak hassan and famili ke sungai sedim, balik rumah malam tu Hassan meracau...puas pujok pun tak nak... last2 bawak pusing naik kereta baru terlena ...

    Entah kenapa mcm tuhh ..

    'keberatan' ...kita kena apply masuk Biggest Losersss nihh Puan ...

    BalasPadam
  2. Salam kak..
    seri penah g skali je..ramai ngan kwn opis asben berkelah sana..awal pg kami g takot penuh..ye lahh ok tmpatnyer walau kecikkan..

    BalasPadam
  3. Razif...mcm tu la bapa yg bertanggung jawab...
    err...jom kita daftar, agaknya akak dulu yg tersingkir.

    Seri...wslm, dah takde tmpt nk tuju, terpaksa le.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)