Fuhhh....tak sangka, rupanya pau kacang yang first time aku buat, menjadi!! Ini la dalam sejarah hidup ku membuat pau. Terus terang selama ni aku takut nak buat kuih yang guna kukus, aku fobia......sebab selalu tak menjadi kenyataan.
Kali ni aku buat surprise kat suami ku......taraaa.....dia buka tudung saji je.....
Wah! macam yang jual kat kedai la......hehe....bangganya aku.....dan aku nak berterima kasih dengan orang yang mencipta resepi ni. Masalahnya aku tak tau siapa sebab resepi ni dah lama aku tulis dalam buku masak ku. Biasanya aku akan catit dari mana aku dapat sumber resepi. Minta maaf pada yang empunya resepi ye........kita share di sini...
PAU KACANG
300 gm tepung gandum
6 gm baking powder (2 sudu kecil)
2 gm garam (1/4 sudu kecil)
162 gm air suam
6 gm dry yeast
30 gm gula halus
18 gm lemak sayur
1. Masukkan tepung, baking powder dan garam dalam mangkuk, gaul rata.
2.Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. Kacau gula hingga larut.
3. Masukkan campuran gula tadi kedalam adunan tepung.
4. Masukkan lemak sayuran dan uli hingga licin. Buat bentuk bulat
5. Biarkan doh naik sehingga dua kali ganda.
6. Untuk menguji doh naik atau tidak, tabur tepung atas doh dan cuba tekan dengan jari. Jika tinggal lubang, bermakna doh dah naik.
7. Tekan2kan untuk keluar angin. Bahagi 8 bahagian, bulatkan ia. Rehat dalam 10 minit.
8. Ambil sebiji doh, canaikan dan letak inti. Tutup rapat.
Biarkan dulu dalam 5 minit. Bila nampak naik sikit, boleh la di kukus.
Kukus menggunakan api yang kuat selama 15 atau 20 minit.
JANGAN buka penutup kukusan semasa pau sedang dikukus.
nota: apa yg aku tulis tak sama dgn tuan punya resepi,
biasa la aku salin cincai,
janji aku faham..
Ni dah kira boleh jual kat kedai nih...
BalasPadamhehe.....tarak berani woo...
BalasPadamCantiknyer pau dia.Akak selalu wat guna yeast basah tp knp ek menggerutu.Akak dah cuba pdm api then tggu 2,3 mnt br bukak ttp kukus still menggerutu jugak....
BalasPadamcalam caiyang
BalasPadamnak pau...nak pauuuuuu....