Pasti ramai yang tau, kotak apakah yang aku ambil fotonya tu. Aku beli ketika pulang seminggu kesemenanjung dulu. Ini semua kakak ku punya penangan.........aku selalu tengok dia pakai inai kat jari dia. Langsung aku tak terfikir ada inai segera macam ni.
Hari tu Aziz tanya, kenapa sejak balik dari KL, ibu suka sangat pakai inai? Apa nak jawap ye? Aku kata sebab ramai mak2 saudara kat KL pakai inai, ibu pun ikut la........
Huh!! buat apa pakai ikut2 orang? tanya Aziz. Ishh.....banyak cakap pula budak ni.....dalam hati ku berkata.
Entah kenapa aku suka berinai sekarang ni......sampai ke kuku kaki aku tenyeh. Cuma tak best inai segera ni, dia takde bau inai. Kalau daun inai yang original tu, selepas kita pakai di jari, baunya susah nak hilang berhari2. Kata orang, pakai inai di kuku ni supaya kuku tak rosak dan kuat, ye ke?
slm zana,
BalasPadamsy rs tu bkn inai yang ori,ia hanya colouring jer.sbb inai yg ori ssh nk tggl tp yg ni bila digosok2 ngn air dia sng sgt tanggal