my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Mata ku kedip2, rupanya....

Salam Sejahtera....

Dah beberapa hari mata akak ni asyik berkedip2 je. Naik rimas dibuatnya, dalam hati akak berkata, nak jumpa seseorang yang dah lama tak jumpa kot.

Malam minggu kami makan di satu tempat yang open dan memang jadi kesukaan akak mengorder char kue tiow. Aziz pula dengan baju tidornya, order chicken chop. Ayahnya order kebab. Cuaca baru lepas hujan petang tu, jadi tak ramai orang.

Akak pilih tempat duduk yang berdekatan dengan gerai2 di situ. Sambil tunggu makanan sampai, akak ambil video Aziz, konon2nya jadi pengacara....hehe....berangan tu! Tiba2 akak terperasan, mamat dua orang kat meja sebelah kami tu macam kenal je....

Puas di tenong2, rupanya Ebi Kornelis. Akak bisik2 kat Aziz, Ebi kat sebelah kita tu. Hemm.....memang tak boleh diajak berbisik budak ni.....siapa la....tak kenal la...lupa la....ayahnya pun sama. Puas akak jegilkan mata supaya jangan tengok2 orang sebelah, makin di buatnya.

Che abe suruh akak pergi kat dia, suruh salam tapi sorry.....takkan aku buatnya. Takpelah, nanti kita nak balik, kita jumpa dia kejap. Belum habis makan, tetiba Ebi dah angkat bontot nak balik. Che abe tegur dia, boleh tak ambil gambar sekejap? Nasib baik dia ok, bergambar la akak dua beranak dengan rasa malu.....hehe...tak tengok kiri kanan dah....mungkin orang Sabah tak kisah dengan Ebi tapi akak ni ada sejarah masa Ebi dalam af dulu. Akak pernah vote dia....hehe...pernah hantar kek kat dia, pernah bual di talipon, cuma belum jumpa je.

Pandangan akak Ebi ni peramah orangnya, merendah diri dan paling penting handsome!!
Kat gambar nampak tak berapa hensem, reality dia memang macho la!!

2 ulasan:

  1. Salam Zana, wah3 dpt bergambo dgn Ebi AF bukan main lg ya!!! Tak sombong dia tu nampaknya. Lama jugak tak dengar crite si Ebi ni kan.. :D

    BalasPadam
  2. wslm....ala itu pun terjumpa dok mkn kat sebelah kita, jodoh takkan lari kemana..hehe..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)