Ini entry ku yang tertunda ketika raya haji tempohari. Kami sekeluarga tak dapat pulang ke semenanjung pada hari raya itu jadi kami beraya di Sabah, rumah pakcik suami ku. Walaupun tak semeriah seperti biasa, kami tetap bersyukur kerana masih boleh menyambutnya dengan sempurna.
7.40 am kami bersembahyang sunat hari raya aidiladha di mesjid berdekatan dengan rumah pakcik. Tergesa2 juga ketika itu kerana tak sangka mesjid yang kami pergi tu, cepat pula waktu sembahyang raya. Dah la aku tak pernah masuk mesjid disitu, terkocoh2 aku dibuatnya.
Selesai sembahyang raya, kami pulang ke rumah pakcik dan mengisi perut dengan lontong, lemang, laksa penang dll. Aku buat kuah kacang je. Selebihnya makcik ku yang masak, yelah.......dia ada maid, senang sikit.
Dah kenyang, kami menuju ke tempat korban di mesjid berdekatan. Ada dua puluh ekor lebih lembu yang akan dikorbankan. Macam2 gaya aku tengok lembu yang diikat sebelum korban. Ada yang menggelupur lari sana sini, susah nak di ikat. Ada yang relax je........macam dah rela di korbankan. Ada yang tak henti2 makan sebelum sampai ajal. Paling aku suka tengok seekor lembu yang berdiri tegak, maintain je.........memerhatikan kawan2nya yang sudah di lapah. Agaknya dia memikirkan bila agaknya giliran dia?
Ini kali pertama aku menyaksikan penyembelihan beramai2 lembu korban. Biasa kat kampung tengok dua tiga ekor sembelih pun dah riuh rendah. Tapi kali ni mereka yang buat kerja macam professional je......budak2 pun join sama. Aku tengok dari jauh je, tak sanggup tengok darah dekat2. Lembu2 ni pun tak meraung macam kat kampung.
Selesai korban, kami bergegas pulang ke rumah kerana flight kami pada petang raya tu. Tiba di LCCT dah pukul 10 lebih. Malas nak minta sape2 datang ambil di airport sebab flight ke KB pagi esok. Kami melepak sekadar meregangkan badan yang letih di surau airport. Ini juga kali pertama aku mengalaminya. Abang ipar nak ambil tapi taknak menyusahkan dia, bukan dekat dari rumah dia tu, mau satu jam perjalanan.
Tahun depan mungkin kami akan beraya haji lagi di Sabah dan kemungkinan besar juga akan menyambut hari raya puasa pula. Semuanya bergantung pada cuti sekolah. Walau bagaimanapun jauh kami berada, jika di izinkanNya, kami tetap akan pulang bertemu keluarga tercinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)