sambungan perjalanan kami dari Pontian ke JB......
Selepas melawat muzium bugis, kami bertolak ke JB, cuaca cantik je.......kalau hujan, basahlah mak aku kat belakang tu. Bukan apa, kereta lama abah tu masuk air, getah pintu dah lama tak tukar. Tapi nasib baik sepanjang perjalanan, cuaca panas terik.
Kami terus menuju ke Ulu Tiram, rumah bapa saudara ku (satu2nya yang tinggal, adik arwah bapa ku). Ini kali kedua aku jumpa dia seumur hidup aku. Kalaulah aku tak cari dia, siapa lagi? Aku takut silaturrahim kami terputus sekiranya aku jarang melawat dia, dah la jarang telephone.
Tiba sana, kami makan tengahari. Sambil buka cerita lama satu persatu. Seronok aku dengar. Jauh beza dulu dan sekarang. Paling menyentuh hati ku bila pak andak kata, rupa ku sebiji macam adik dia yang meninggal ketika usia muda, belum kahwin lagi. Sayangnya aku tak dapat lihat wajahnya sebab tiada sekeping pun gambar dalam simpanan mereka. Kata pak andak ku, makcik ku itu pendiam orangnya, suka duduk di rumah menjahit dan tak suka bersosial. Aku rasa, ada sikit2 macam perangai aku.
Pak Andak ku yang sporting, penyayang dan sopan orangnya, begitu juga famili mereka.
hehe......belakang rumah pak andak ku memang cantik, boleh main kejar2 atau guling2 macam cerita hindustan, bersih je. Macam2 pokok ditanam, ciku, serai, terung, lada dan lain2. Walaupun rumah lama tapi aku tengok keliling rumah dia takde sampah sarap, sedap mata memandang.
Selepas kenyang isi perut dan sembang2, kami menuju ke Bandar Uda, rumah mak sepupu ku. Aku dan mak tidur di sana dan hubby serta anak ku tidur rumah nenek dia.
Oh ye, masa di Pontian kami menginap di Hotel Pontian, dekat dengan laut. Makan malam kami di Tanjung Piai dengan ikan bakar yang lain dari restoran biasa. Ada sambal dalam ikan. Tapi aku tak makan nasi sebab dah lewat 8.00 mlm, pantang aku tu.......kalau nak makan kena sebelum pukul 7.
Aku harap mak puas hati, seronok ketika bersama kami. Hanya itu yang mampu kami bawa mak, nak makan angin keluar negeri, ntah bila? InsyaAllah jika ada rezeki kami bawa mak lagi ye!
Nanti aku cerita ketika kami ke Rantau Panjang dan Munok pula.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)