ni kawan2 dia masa tadika dulu, sempat jumpa sekejap, akrab betul dia org ni....
Salam Sejahtera....Selama balik kampung, masa memang terhad untuk menulis blog. Mana lagi anak nak bersunat. Haa....cakap pasal sunat ni, aku nak update tentang anak aku yang bersunat pada tarikh 28hb November lalu tanpa rela. Sebab apa tanpa rela? Dia memang belum mahu bersunat tapi memandangkan tubuh badan dia yang tinggi (orang kata dah macam tahun 4/5) kami tak kira dah perasaan dia tu. Bagaimanapun dia tak menangis. Selalu aku tekankan, lelaki jangan mudah menangis, jangan jadi macam anak perempuan.
Sebelum tiba masa 'keramat' tu, kami buat sedikit kenduri doa selamat kat rumah kakak ku. Bagi dia seronok2 makan dan minum sebab lepas tu dah kena berpantang pulak.
Mak ku masakkan pulut kuning dan nasi beriyani. Panggil saudara mara yang dekat je. Lepas kenduri, pukul 4 ptg terus bawa pergi klinik yang kami dah booking. Mahal juga bersunat ni, RMM150 kena bayar. Mungkin sebab cuti sekolah kot?
Masalah selesai dalam masa setengah jam. Terkengkang kengkang dia balik dengan kain pelikat. Terus duduk bawah meja yang kecil dan kain tu di tapekan atas meja. Sebenarnya tak perlu buat begitu sebab dia berkhatan cara clamp. Lepas seminggu doktor suruh datang balik untuk buka sarung tu. Masa nilah baru dia keluar air mata. Bendalah tu melekat kat kulit (ni bahana taknak dengar cakap doktor soh rendam dgn air suam tapi taknak buat) Terpaksa biarkan dulu sarung yang satu lagi. Kalau dalam masa dua hari tak tanggal, kena jumpa doktor.
Aku dan hubby serta mak aku dah plan nak ke JB. Tak kira dah dia kengkang ke tak, kena bawa jugak. Suruh tinggal dia taknak. Nanti aku sambung cerita ketika kami di hotel Pontian dan ke JB.....
hehe.....gambar bawah ni, ibu dan ayah pun nak enterframe jugak! sedondon tak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)