my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

KUIH LOPES

  Suka makan lopes? Mesti ramai yang suka kan? Tapi nak buatnya amatlah leceh, susah dan makan masa lama. Teringat arwah tok dulu, selalu buat lopes macam ni, diikat dengan tali bertingkek-tingkek berdaun pisang. Sekarang susah nak jumpa bentuk tigasegi tu.

Masa balik kl baru2 ni, kakpb belajar buat dari kakak. Serius kakpb memang tak tau langsong macam mana nak balut lopes. Sambil tolong dia, sambil belajar sebab nak bawa balik ilmu lopes...hehe...akhirnya dapat juga. Cuma tidak sebaik secantik yang kakak buat.

Colour agak hijau, terlebih tuang pula.



Buat lebih untuk simpan dalam peti ais. Bila2 nak makan senang.


Tengoklah warna tu!! Kelihatan pulut berbiji sedikit sebab kakpb belum mahir menyukat beras pulut ketika membungkusnya.

 
Selepas 2 jam direbus, inilah rupanya..

Disini, kakpb share sikit bagaimana membuat lopes yang di ajar oleh kakak. Mungkin ada persamaan dengan orang lain, tak apalah....

KUIH LOPES
@blogsurirumah

1/2 kg beras pulut (basuh dan direndam semalaman bersama kapur makan dan pewarna hijau)
Daun pisang yang panjang (kalau pendek susah nak balut)
Gula melaka/merah
Kelapa parut putih saja

Toskan beras pulut dalam tapis.
Koyakkan daun pisang selebar 4 jari
Layurkan daun atas api
Bentukkan segitiga daun yang dibahagian keras dulu
Isikan beras pulut sesudu besar (jangan lebih takut keras seperti yang kakpb buat)
Lipatkan sehingga membentuk segitiga
Seterusnya balut hingga kehujung daun
Kakpb tak ikat dulu, nanti buat lagi dan tindehkan sehingga menjadi 4 bungkus barulah di ikat.
Rebus selama 2 jam atau lebih. Kalau banyak lagi lama kot rebusnya.

Boleh tengok sini, cuma cara kakak kakpb buat lain sikit je....

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Akak pun suka kueh lopez ni.. tak pernah buat.. mak akak jer yg buatkan.. ehe ;)
    Rajin mencuba tu zana.. nanti ok bila dah biasa tu zana ;-)

    BalasPadam
  3. cantik sgt kaler hijau tu... rasanya lain kali cuba rendam bersama air kisaran daun pandan, mesti hijau dia lebih asli... (sy pndi cakap jer.. suh buat lariiii.. hihihi)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)