my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label kerabu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerabu. Papar semua catatan

Popia Basah, Kerabu Udang Mangga

Adeh......malu nak tayang sebenarnya. Berpoloh buat kulit popia ni semalam petang, berjurai menitik....opss...bukan macam cerita Senario yang si penjual roti canai tu ye. Ini peluh keluar seikhlas hati, mencuba yang terbaik untuk suami tercenta (dia centa ke dengan aku lagi??:)....)

Kakpb buat popiah basah ni sebabnya.....teringat masa dulu-dulu lepas shopping kat Sogo, lepak kat food court atas tu. Order popia yang kat tepi tangga tu, dekat dengan nasi ayam stall. Entah ada lagi ke tak......ada kot.

Sebenarnya semalam nak ikut macam Umie-e myresipi tapi entah kenapa semalam myresipi.com tak boleh view pula. Jadi tak dapatlah nak tengok Umie menepek tepung atas kuali panas dengan jarinya...:) Kakpb jelajah kerumah Ros Jintanmanis. Try buat seperti Umie, tepek dengan jari.....alamak....tak tahan ler, walaupun dah angkat kuali dari dapur. Tapi tak letak atas towel basah....:)) kakpb ni anak murid yang degil. Patut pun panas jari ku itu!!


Ok tak gulungan tu? besar gedabak, makan sekeping dah kenyang. Rupanya senang je buat kulit popia ni, cuma perlukan latih tubi menipiskan kulitnya tu.

POPIA BASAH
oleh: @blogsurirumah
sumber asal: umie-e myresipi
copy paste: Ros

Bahan Kulit

2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Bahan Inti (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)

1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan Sambal

15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan.
2. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper.
4. Buat dari arah jam.mulakan dari tepi dulu.kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar. Utk step nih sila lihat di my.resipi.
5. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat).
6. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
7. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng.lipat macam biasa dan gulung.

Terima kasih kak-e, sunyi sepi je blog kak-e tu. Harap kak-e sihat walafiat. Terima kasih juga pada Ros Jintan manis dan ramai lagi kawan lain yang dah cuba.


Kerabu Udang Mangga ni paling kakpb suka bila berbuka. Rasa masam manis, tomato dan udang tu sedap sangat masuk ke mulut. Senang je......asalnya tengok kat majalah tapi yang ni kakpb ikut suka sendiri.

KERABU UDANG MANGGA
oleh: @blogsurirumah

1 biji mangga muda
6-7 ekor udang segar kupas kulit
1 biji buah tomato
2 biji cili hijau
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
sedikit belacan bakar
1/2 biji bawang besar, hiris halus
3-4 cili padi kalau suka
garam dan gula

Mangga muda di hiris memanjang.
Buah tomato buang isinya, hiris memanjang.
Gaul bahan hiris bersama gula, garam, jus limau.
Tumbuk cili padi dan belacan (suka hati kalau nak mesin) dan gaul bersama mangga tadi.
Akhir sekali baru masukkan udang segar.

*motivasi untuk diri sendiri dan kita semua.
"Dengan Nama Allah, dipohon pelihara diriku, hartaku dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku redha dengan penentuanMu dan berilah keberkatan kepada ku pada perkara2 yang di tetapkan bagiku agar aku tidak suka menghendaki sesuatu yang Engkau lambatkan serta tidak pula suka melambatkan sesuatu yang Engkau segerakan"


Kerabu Mangga Ayam, kerabu ke salad?

Alhamdulillah, kakpb bersiaran pagi ni dengan perasaan yang agak terkawal. Eh...selama ni apa dah jadi? Kakpb dalam dilema, dalam kecelaruan, dalam gundah gulana.....hinggakan nak memasak pun rasa malas. Ada sekali tu nak goreng ikan, panaskan kuali sambil tumbuk sambal belacan. Hampir saja kuali terbakar, dah ada api tepi-tepi kuali kerana terlampau panas. Nasib baik tidak menyambar dalam minyak. Ya Allah, betapa lalainya kakpb melayan perasaan sedih walaupun sambil masak sambil berzikir, sebagai manusia biasa, kakpb memang tersangat lemah.

Baru pagi ni juga kakpb selak ruangan spam dalam ni, ada banyak juga komen teman-teman yang kesitu perginya. Kakpb dah pun terbitkan. Jika ada masa terluang, kakpb akan balas komen di blog kamu semua ye. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati, menatap gambar masakan kakpb yang main campak je tu. Oh ye.....sila jangan jeles kalau ada bau kedai bila baca entry baru ni....:) wangi tak? bukan nak menunjuk-nunjuk. Lepas ni 5 atau 6 tahun lagi baru ganti kot. Masa tu entah ada ke tidak blog kakpb ni lagi.


Ok la.....menyampah pulak orang baca pasal monitor baru ni (bukan satu set ye, monitor je yang barunya) Kakpb buat kerabu mangga berganding dengan ayam yang di panggang. Fulamak.....memang terangkatlah punggung cikgu fahmi makan. Tapi dia tak puji pun....tak apa la....asalkan dia makan banyak sampai licin.

KERABU MANGGA AYAM
oleh: @blogsurirumah

1 biji mangga muda
1/2 biji bawang besar hiris halus
2 biji cili hidup hijau dan merah
1 keping dada ayam yang telah di panggang
Garam dan gula secukupnya
sedikit serbuk lada hitam
2 sudu besar mayonis

Perap dada ayam dengan bawang putih, halia, sedikit kicap, garam dan gula. Kakpb dah perap awal semalam lagi, saje nak makan panggang2. Ayam kalau dah perap, masuk dalam tupperware, tak payah simpan dalam sejuk beku. Simpan je dalam ruangan biasa tu. Tak busuknya.

Mangga di cincang seperti biasa. Kakpb potong sekeping2 lepas tu baru potong memanjang. Bukan cincang macam buat sambal tu ye!
Sebelum tu panggang ayam dulu hingga masak. Potong nipis atau memanjang.
Gaulkan semua bahan seperti bawang, cili yang di hiris halus (kasar pun takpe), gula, garam, lada hitam dan mayonis.
Masukkan mangga dan ayam tadi.
Makan begitu saja pun sedap.



errr....kerabu ke....salad?



Kerabu Tomato Ikan bilis

Assalammualaikum semua, minggu ni anak bujang periksa sekolah kebangsaan. Harap dia boleh menjawab dengan hati yang terang. Punyalah siksa nak suruh dia ulang kaji pelajaran, nak terkeluar anak tekak ibu dia. Entah berapa kali suruh dalam sehari, berbuihlah mulut ibu ni........dia buat dek je.....bila dah tinggi suara, barulah nak angkat bontot masuk bilik. Itu pun ketik-ketik kaki atas katil sambil membaca. Kejap2 ibu kena jengah bilik. Kekadang budak-budak ni dia berlakon je, konon-konon membaca, padahal buat kerja lain.





Minggu ni juga Hari Guru di sambut. Agak sibuk ye guru-guru semua, mana nak tanda kertas periksa, nak atur program hari guru lagi dan sebagainya.

Cakap pasal guru, encik hubby kak pb suka sangat bila isteri dia buatkan kerabu tomato ikan bilis yang di cilok dari rumah Hana. Lama betul si Hana tak update blog dia, entah apa di ulinya tu......tau-tau update blog, surprise!!

Ok, kak pb copy paste je la dari blog Hana, minta kebenaran di alam maya je la ye. Tuan punya asal resipi hana6877. Walau wajah mu tidak ku kenal.......tetapi...resipi mu menjadi idaman kalbu hubby ku!!



KERABU TOMATO IKAN BILIS
oleh> bLOG surirumah
sumber n asal : hana6877, HaNa memories


Bahan-bahan
  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
  • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris (ni tak letak)
  • 1 btg serai - dihiris (tak letak juga)
  • garam
  • gula
  • jus lemon - optional
  • pak aji - klu suka (tak guna pak aji skrg, sorry pak)
  • kak pb tambah cili hijau dan salad
Cara-cara
  1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bahan.
  2. Perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak lebih masam boleh letak jus lemon lebih.



Sedap banget nih......hubby kata kalau buat hari-hari pun takpe sebab dia dalam mood mendietkan diri...
Terima kasih pada semua yang terbabit dengan resipi ni. Resipi yang sihat dan sedap.

Kerabu Mangga Muda

Salam Sejahtera....

Resepi ringkas untuk pembuka selera, kerabu mangga kesukaan ku. Suami juga suka, kekadang aku ubah suai campurkan dengan sotong.


Senang je buatnya, tak payah nak tulis dengan detail, rasa2nya semua orang tau.

Mangga di hiris atau potong memanjang dan kecil2.
Cili padi atau cili hidup (aku suka guna lada capsicum)
Udang kering yang di goreng tanpa minyak dan tumbuk.
Kelapa goreng.
Bawang besar di hiris2 halus.
Gula dan garam
Kalau suka letak kacang tanah boleh juga, tapi dah ada kelapa, rasanya tak perlu.
Gaulkan semua, seeloknya nak dihidangkan baru gaul. Kalau tak nanti lembik pula.