my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kerabu Mangga Ayam, kerabu ke salad?

Alhamdulillah, kakpb bersiaran pagi ni dengan perasaan yang agak terkawal. Eh...selama ni apa dah jadi? Kakpb dalam dilema, dalam kecelaruan, dalam gundah gulana.....hinggakan nak memasak pun rasa malas. Ada sekali tu nak goreng ikan, panaskan kuali sambil tumbuk sambal belacan. Hampir saja kuali terbakar, dah ada api tepi-tepi kuali kerana terlampau panas. Nasib baik tidak menyambar dalam minyak. Ya Allah, betapa lalainya kakpb melayan perasaan sedih walaupun sambil masak sambil berzikir, sebagai manusia biasa, kakpb memang tersangat lemah.

Baru pagi ni juga kakpb selak ruangan spam dalam ni, ada banyak juga komen teman-teman yang kesitu perginya. Kakpb dah pun terbitkan. Jika ada masa terluang, kakpb akan balas komen di blog kamu semua ye. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati, menatap gambar masakan kakpb yang main campak je tu. Oh ye.....sila jangan jeles kalau ada bau kedai bila baca entry baru ni....:) wangi tak? bukan nak menunjuk-nunjuk. Lepas ni 5 atau 6 tahun lagi baru ganti kot. Masa tu entah ada ke tidak blog kakpb ni lagi.


Ok la.....menyampah pulak orang baca pasal monitor baru ni (bukan satu set ye, monitor je yang barunya) Kakpb buat kerabu mangga berganding dengan ayam yang di panggang. Fulamak.....memang terangkatlah punggung cikgu fahmi makan. Tapi dia tak puji pun....tak apa la....asalkan dia makan banyak sampai licin.

KERABU MANGGA AYAM
oleh: @blogsurirumah

1 biji mangga muda
1/2 biji bawang besar hiris halus
2 biji cili hidup hijau dan merah
1 keping dada ayam yang telah di panggang
Garam dan gula secukupnya
sedikit serbuk lada hitam
2 sudu besar mayonis

Perap dada ayam dengan bawang putih, halia, sedikit kicap, garam dan gula. Kakpb dah perap awal semalam lagi, saje nak makan panggang2. Ayam kalau dah perap, masuk dalam tupperware, tak payah simpan dalam sejuk beku. Simpan je dalam ruangan biasa tu. Tak busuknya.

Mangga di cincang seperti biasa. Kakpb potong sekeping2 lepas tu baru potong memanjang. Bukan cincang macam buat sambal tu ye!
Sebelum tu panggang ayam dulu hingga masak. Potong nipis atau memanjang.
Gaulkan semua bahan seperti bawang, cili yang di hiris halus (kasar pun takpe), gula, garam, lada hitam dan mayonis.
Masukkan mangga dan ayam tadi.
Makan begitu saja pun sedap.



errr....kerabu ke....salad?



15 ulasan:

  1. apa yang wangi zana? mcm sedih jer.. jgn sedih2..hapikan diri memasak utk org tersayang..akk pun tumpang amik resepi..

    BalasPadam
  2. Apa tuu yg wangi..nk tau jugak nii..cepat la citer..chewahhh nyibuk jerkann nk tau...hihihi
    Dan lagi satu,knp plk sedih nii...nasib baik tak berlaku perkara yg tak diingini tu...

    BalasPadam
  3. ala kak senang pulak nak buatnta...entahlah kerabu pun boleh salad pun boleh..tambah je sayuran macam tomato kecik comel tu dan daun salad...uih kak sodap nih!

    BalasPadam
  4. @Kak yon
    Oh kakrose tak fhm eh....pc baru la kak.

    BalasPadam
  5. @ainnoraini
    Hehe....malu la ain, baca ler entry bawah2 tuuu..

    BalasPadam
  6. oh..kerabu guna mayonis..
    baru dpt resepi camni..
    mekasih berkongsi ilmu memasak..

    BalasPadam
  7. Kak, KC doakan gundah gulana dan keresahan akak akan pergi dgn segera. Akak teruskan je amalan akak berzikir tu kak. InsyaAllah .. Allah mendengar setiap doa dan permintaan kita.

    BalasPadam
  8. Salam k.Zana.baru tahu ada komen masuk ke kotak spam...tq ckp...tak pernah tengok selama ni. salad ayam gini ratahpun sedap...
    moga k.Zana kembali ceria....slmt berhujung minggu.

    BalasPadam
  9. Kerabu pun boleh, salad pun iye...

    BalasPadam
  10. memang menjamu mata hihihi terliur pun ada..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)