my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kerabu Tomato Ikan bilis

Assalammualaikum semua, minggu ni anak bujang periksa sekolah kebangsaan. Harap dia boleh menjawab dengan hati yang terang. Punyalah siksa nak suruh dia ulang kaji pelajaran, nak terkeluar anak tekak ibu dia. Entah berapa kali suruh dalam sehari, berbuihlah mulut ibu ni........dia buat dek je.....bila dah tinggi suara, barulah nak angkat bontot masuk bilik. Itu pun ketik-ketik kaki atas katil sambil membaca. Kejap2 ibu kena jengah bilik. Kekadang budak-budak ni dia berlakon je, konon-konon membaca, padahal buat kerja lain.





Minggu ni juga Hari Guru di sambut. Agak sibuk ye guru-guru semua, mana nak tanda kertas periksa, nak atur program hari guru lagi dan sebagainya.

Cakap pasal guru, encik hubby kak pb suka sangat bila isteri dia buatkan kerabu tomato ikan bilis yang di cilok dari rumah Hana. Lama betul si Hana tak update blog dia, entah apa di ulinya tu......tau-tau update blog, surprise!!

Ok, kak pb copy paste je la dari blog Hana, minta kebenaran di alam maya je la ye. Tuan punya asal resipi hana6877. Walau wajah mu tidak ku kenal.......tetapi...resipi mu menjadi idaman kalbu hubby ku!!



KERABU TOMATO IKAN BILIS
oleh> bLOG surirumah
sumber n asal : hana6877, HaNa memories


Bahan-bahan
  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
  • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris (ni tak letak)
  • 1 btg serai - dihiris (tak letak juga)
  • garam
  • gula
  • jus lemon - optional
  • pak aji - klu suka (tak guna pak aji skrg, sorry pak)
  • kak pb tambah cili hijau dan salad
Cara-cara
  1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bahan.
  2. Perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak lebih masam boleh letak jus lemon lebih.



Sedap banget nih......hubby kata kalau buat hari-hari pun takpe sebab dia dalam mood mendietkan diri...
Terima kasih pada semua yang terbabit dengan resipi ni. Resipi yang sihat dan sedap.

8 ulasan:

  1. Sedapnyer.. ;) xpndailah masak x guna aji, rasa kurang je mknn... Buh grm lg gnti dgn ape sdp yer? ;)

    Sy bru jd surirumah, bru nk blajar2,.. Hehe

    BalasPadam
  2. Salam Kak Zana.. biasalah tu anak2 nak kena kita dok depan dia sekali..:))

    Wahh itu kerabu tomato bikin airliur meleleh tak sudah ni.. awal pagi dah keluar menu masam2 sedapnya!

    BalasPadam
  3. wah kak bleh jadi menu diet ni...hehehe...

    BalasPadam
  4. Adik Zet...akak ganti dgn perasa ayam maggi je, tu pun jgn bnyk.

    BalasPadam
  5. Baguslah hubby zana. Hubby kakak tomato tak berapa gemar. Kalau makan ada tomato kakak ajelah yg makan sebab kakak memang suka tomato apa lagi macam yg zana buat nie hmmm...

    BalasPadam
  6. Wow kak! Ini salad pembuka selera! Sedapnye tgk. Haruslah dipraktikkan. Yummeh! Letak cili api byk2. Baru kaw!

    BalasPadam
  7. sedap ni kerabu2 ni memang feberet... dah lama tak buat kerabu mcm ni.. mcm teringin plak... tomato pun ada dlm esbox...

    BalasPadam
  8. Assalam zana, bestkan kerabu tpmato ikan bilis ni, tapi kat rumah ni saya sorang je lah yg mkn, anak2 tgk je hehhe

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)