my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label majlis kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label majlis kahwin. Papar semua catatan

Majlis sanding Idham & Suryanie dan cenderahati Sariyusa

Assalammualaikum teman-teman yang kakpb kasihi,

Terlebih dulu maaf kakpb pinta kerana begitu lama tak update blog. Tapi siapa kisah kan? Kakpb bukan orang popular yang ditunggu2 ceritanya setiap hari. Bagaimana pun terima kasih pada teman2 yang sudi berkunjung walaupun kakpb belum sempat membalas kunjungan itu. Sejak balik dari KL, letih majlis sanding anak saudara belum hilang, sambung pula aktiviti kat rumah sendiri. Kain baju 4 kali mesin, lauk dalam peti dah kosong, kena pergi pasar.

Oh ye....kakpb terima kiriman dari Sariyusa setelah kakpb sampai di KL. Cikgu fahmi yang terima kiriman dan dia bawa balik KL pula. Nanti kakpb upload gambarnya. Sekarang ni susah beno nak upload foto dari handphone, tu yang lambat update blog.

Ok la...serba sedikit kenduri kahwin pihak lelaki sebelah kakpb. Buat simple tapi meriah. Pelaminnya pengantin yang buat sendiri, kesian kan? Majlis dibuat pada waktu malam sabtu, masa tu JDT lwn Kelantan. Abang ipar kakpb siap pasangkan layar lebar area menhidang untuk memudahkan budak2 yang bertugas di dapur dapat sama menontonnya. Semuanya anak2 Kelantan yang tolong2 kat dapur kami. Tuan rumah pula, Kelantan kahwin dengan Johor, perang habis!!


Simple je kan? Pukul 9.30 mlm baru pengantin terjengol. Janjinya pukul 8.30 mlm. Kakpb tak sempat snap foto pengantin dekat2 sebab sibok dan orang pula ramai. Juru makeup oleh Norul Syukur yang glamer tu.....memang cantik dan nampak natural kerja dia.


Hitam putih tema kad kahwin mereka, begitu juga meja dan kerusi tetamu.


Ada persembahan 'abang api' sebelum pengantin masuk kedalam. Budak2 suka sangat kerumun. Sebelum tu mereka pasang bunga api, dah macam nak raya pulak!!


Cikgu fahmi nak juga snap foto kat layar detik2 Kelantan menjunjung piala kemenangan. Kesian dia. Adik2 dia turun dari Kelantan tengok bola kat stadium tapi dia tengok dengan anak je....

Dalam sibuk2 kehulu kehilir tu, kakpb terjumpa kawan lama kakpb masa kerja dulu. Dia sedang lepak dengan Isma Alif ni. Ramah orangnya dan paling terok, gila-gila. Memang betul la dia ni pantang dapat mikrofon. Entah berapa lagu dia nyanyi malam tu. Sebenarnya ada persembahan dari kawan pengantin sendiri bersama piano tapi tak sempat kakpb ambil gambar.


Menyanyi sambil melawak...Isma...Isma...



Last sekali, puan blog nak juga tayang muka yang keletihan tu. Kakpb dah lama sangat tak jumpa sepupu kakpb dari Singapore ni. Hujung tahun dia suruh pergi sana, takyah tidur hotel katanya, tidur rumah dia. InsyaAllah dah lama tak ke Singapore. Lama sangat tak jumpa saudara mara sana.




Setakat ini dulu yang dapat kakpb kongsi. Cerita kenduri, perkara biasa je takde istimewa sangat. Akhir sekali gambar kiriman rempah dan cenderahati dari SARIYUSA untuk kakak dia yang belum pernah jumpa ni...hehe..SAAAAYANG KAMU, PELOK ketat2!!


Bye...jumpa lagi.



Nikah dan sanding Idham & Suryani

Assalammualaikum.

Fuhh...leganya, semua dah selesai, alhamdulillah. Majlis anak saudara kakpb berjalan lancar bermula dengan malam nikah hari jumaat 7hb June hinggalah hari sandingnya 9hb June, 2013. Ada sehari rihat sabtu tu, mereka ni (keluarga dan kawan yang datang dari semenanjung) booking 2 bot untuk ke pulau Manukan, Sapi dan Mamutik. Satu bot charge RM200. Sayangnya kakpb tak dapat pergi, kirimkan Aziz dan ayahnya je. Kakpb demam teruk. Hinggakan terpaksa injection kat punggung....haha...orang berseronok, awak demam!!

Majlis nikah yang dibuat di dalam dewan Habiba Suite, sebumbung dengan tempat penginapan kedua belah pihak agak memudahkan ianya berjalan tepat pada waktunya. Cuma Tok Kadhi malam tu banyak sikit ceramahnya....hehe...anak saudara kakpb kejap sengih kejap serius. Tok Kadhi pula kejap geleng, kejap angguk-angguk. Sebenarnya kami yang perempuan ni tak berapa dengar apa kata Tok Kadhi, microfon takde. Orang lelaki yang jauh sikit dari pengantin pun tak dapat dengar. 8.15 pm sah sudah bergelar suami dan isteri. Sayangnya kami tidak di panggil bergambar di atas pelamin malam itu. Mungkin silap pada jurugambar. Keluarga perempuan pun mungkin terlupa.

 Pengantin baru sampai, dengan baju merah rekaan oleh SikiePurnomo.

 Ni bukan pelaminnya.....

Cikgu fahmi dalam sakit tekak pun kena paksa nyanyi....

Nak jugaaaak....body pengantin sama seperti kakpb muda dulu tau, jangan tak tau! cuma rendang je. Anak sedara semua kelangit tingginya.

Last foto, sebelum majlis sanding, kakpb terjumpa si dia ni....
kebetulan mereka shooting di tempat yang sama, cikgu fahmi pun tegur dan borak sikit-sikit...filem arahan Bard Haji Azmi katanya.

Ok, setakat ini dulu. Ada banyak cerita nak kongsi tapi tak tertaip. Kerja masih berlambak selepas famili pulang semenanjung. Rumah kakpb dah macam hotel ni.

Majlis nikah anak saudara, Habiba Suite

kad undangan yang di tempah di Indonesia

Assalammualaikum semua.
Hari ini kakpb ada majlis nikah anak saudara di KK. Kakak, emak, mak saudara dan suami masing-masing dah pun berada di sini sejak hari Rabu. Anak saudara kakpb akan bernikah dengan orang Sabah hari ini di Habiba Suite selepas maghrib nanti. Kakak dan familinya menginap di sini dan majlisnya berlangsong di dewan bawah tempat mereka tinggal. Senanglah kerja kami, tak perlu berduyun2 bawa dulang hantaran naik kereta turun kereta. Tekan lif dah sampai dewannya.

Habiba Suite ini terletak di Jalan Bukit Bendera Kota Kinabalu, boleh nampak Pulau Gaya dan kawasan sekitarnya. Ada 3 bilik tidur yang selesa, ruang tamu yang luas, ruang makan dan dapur. Lengkap dengan sofa, tv, aircon, peti ais. Cuma yang lucunya abang ipar kakpb ni, setiap kali datang menginap mana-mana rumah penginapan, mesti dia pergi shopping mob, penyapu, baldi, alas kaki dan lain2. Kita orang selalu perli, macam nak menetap lama je di sini?

foto ehsan google, kakpb tak sempat nak upload gambar lagi....





 


Papadom

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman

Hari ni tugas pb, goreng papadom.............

Untuk majlis hari Ahad nanti, relax la pb, dah pakai lawa2 mesti nak tayang baju baru kat depan tetamu.......hehe.....saje je...



Sanding

Salam Sejahtera....

Malam tadi kami tidor hotel......haha....best gila. Bukan apa, rumah kakak kan sarat dengan barang jadi kebetulan abang ipar sediakan hotel untuk saudara mara dari jauh nak tidor, tak diguna.......kamilah yang guna. Kita pun jauh juga, Sabah lagi. Ikutkan malas nak angkut barang2 tapi untuk keselesaan, baik tidor hotel. Bukan jauh pun, 5 minit dari rumah kakak dah sampai.

Sebelum pengantin sanding atas pelamin, aku rasmikan dulu. Pelamin tu pun buat sendiri, kakak, mak sedare dan abang ipar. Siap beli kerusi untuk pengantin. Majoriti semua buat sendiri daripada masak lauk pauk, nasi beriani, bunga telor pahar dan kek lapis. Ada juga benda2 yang tak mampu buat sendiri, kakak tempah dengan kawan.


hehe....Mak Itam jangan la marah kita snap gambar ni.......saje buat kenangan, bukan senang nak jumpa......nanti balik Montreal, mak Itam boleh tunjuk pada orang sana, apa yang mak Itam buat.


wah....kacau rendang pun ada gaya eh? anak saudara paling tinggi, kau la Ariep....

Aci datang dari Perak semata2 nak tengok anak angkat dia kawin.......hehe...aci memang baik dan rajin, semua dia cuci jugak!! kira One Malaysia.....cuma sorang lagi kawan baik kakak (chinese) tak dapat datang tapi ada call. Kalau tak, dapat juga aku jumpa jiran2 lama kakak.
Ini pun kawan kakak yang paling sempoi, gila2 dan sporting (baju hijau lumut), datang dengan anak2. Masa kakak bercinta2 dulu, mungkin dialah tempat kakak cerita segala suka duka. Masa tu aku form 3 kalau tak silap dan aku juga banyak kisah lucu ketika mengenali kak Endon ni. Ingat lagi masa kami nak berhari raya rumah kawan. Tunggu bas tepi jalan ramai2 dengan baju baru, kasut baru........kebetulan ada lopak air tepi jalan. Tak di sangka tetiba tayar bas memercikkan air lopak ke baju dan muka kami. Geli hati dan marah bercampur aduk. Terpaksa cari air sekitar parit untuk cuci semua kotoran tu sambil gelak tak abis2. Banyak lagi kisah lucu ketika kami bersama kak Endon dulu. Layan cerita Tamil, usah kata la.......hari2....kak Endon jadi translatornya sebab dia pandai berbahasa tamil. Siap geleng2 kepala kalau tengok filem tamil kat tv......sambil korek telinga.....tu la habit dia.....

 kek kahwin yang di sponsor oleh kawan kakak.....
Hubby ku yang montel ni sempat gak lepas gian nyanyi lagu Teratai. Lucunya bila dia request kat Sham Visa nyanyikan satu lagu.....tapi....dia yang dipanggil kepentas untuk menyanyi. Ustad rock......gelaran dari bapa mertua sebab setiap kali ada majlis mana2 dia kerap sumbangkan suara. Nasib baik tak pecah. Masa majlis perkahwinan kami dulu pun dia nyanyi dengan baju pengantin lagi....hehe.....
tu dia.....Rosli Muhalim yang masih berbisa dengan gitarnya.....ternganga bebudak tengok dia main gitar..
Sham Visa pun ada, sporting je dia bila diminta nyanyi satu lagu.......

Sebenarnya banyak nak cerita tapi.....faham2 je la kalau bersiaran dari rumah mertua....kang asyik ngadap komputer, lain pula sangkaan dia. Boleh tengok kat facebook kalau rajin, ada gambar kat sana..