Assalammualaikum teman-teman yang kakpb kasihi,
Terlebih dulu maaf kakpb pinta kerana begitu lama tak update blog. Tapi siapa kisah kan? Kakpb bukan orang popular yang ditunggu2 ceritanya setiap hari. Bagaimana pun terima kasih pada teman2 yang sudi berkunjung walaupun kakpb belum sempat membalas kunjungan itu. Sejak balik dari KL, letih majlis sanding anak saudara belum hilang, sambung pula aktiviti kat rumah sendiri. Kain baju 4 kali mesin, lauk dalam peti dah kosong, kena pergi pasar.
Oh ye....kakpb terima kiriman dari Sariyusa setelah kakpb sampai di KL. Cikgu fahmi yang terima kiriman dan dia bawa balik KL pula. Nanti kakpb upload gambarnya. Sekarang ni susah beno nak upload foto dari handphone, tu yang lambat update blog.
Ok la...serba sedikit kenduri kahwin pihak lelaki sebelah kakpb. Buat simple tapi meriah. Pelaminnya pengantin yang buat sendiri, kesian kan? Majlis dibuat pada waktu malam sabtu, masa tu JDT lwn Kelantan. Abang ipar kakpb siap pasangkan layar lebar area menhidang untuk memudahkan budak2 yang bertugas di dapur dapat sama menontonnya. Semuanya anak2 Kelantan yang tolong2 kat dapur kami. Tuan rumah pula, Kelantan kahwin dengan Johor, perang habis!!
Simple je kan? Pukul 9.30 mlm baru pengantin terjengol. Janjinya pukul 8.30 mlm. Kakpb tak sempat snap foto pengantin dekat2 sebab sibok dan orang pula ramai. Juru makeup oleh Norul Syukur yang glamer tu.....memang cantik dan nampak natural kerja dia.
Hitam putih tema kad kahwin mereka, begitu juga meja dan kerusi tetamu.
Ada persembahan 'abang api' sebelum pengantin masuk kedalam. Budak2 suka sangat kerumun. Sebelum tu mereka pasang bunga api, dah macam nak raya pulak!!
Cikgu fahmi nak juga snap foto kat layar detik2 Kelantan menjunjung piala kemenangan. Kesian dia. Adik2 dia turun dari Kelantan tengok bola kat stadium tapi dia tengok dengan anak je....
Dalam sibuk2 kehulu kehilir tu, kakpb terjumpa kawan lama kakpb masa kerja dulu. Dia sedang lepak dengan Isma Alif ni. Ramah orangnya dan paling terok, gila-gila. Memang betul la dia ni pantang dapat mikrofon. Entah berapa lagu dia nyanyi malam tu. Sebenarnya ada persembahan dari kawan pengantin sendiri bersama piano tapi tak sempat kakpb ambil gambar.
Menyanyi sambil melawak...Isma...Isma...
Last sekali, puan blog nak juga tayang muka yang keletihan tu. Kakpb dah lama sangat tak jumpa sepupu kakpb dari Singapore ni. Hujung tahun dia suruh pergi sana, takyah tidur hotel katanya, tidur rumah dia. InsyaAllah dah lama tak ke Singapore. Lama sangat tak jumpa saudara mara sana.
Setakat ini dulu yang dapat kakpb kongsi. Cerita kenduri, perkara biasa je takde istimewa sangat. Akhir sekali gambar kiriman rempah dan cenderahati dari SARIYUSA untuk kakak dia yang belum pernah jumpa ni...hehe..SAAAAYANG KAMU, PELOK ketat2!!
Bye...jumpa lagi.
Salam kak Zana...Slmt kembali.!kpd pasangan pengantin,semoga bahgia hingga ke akhir hayat.Aamiin
BalasPadamMmg penat kak klu buat majlis kenduri kawen...
Salam,
BalasPadamSelamat pengantin baru buat pengantin...semoga kekal bahagia hingga ke syurga.
Kenduri memang memenatkan tapi menyeronokkan...
selamat pengantin baru buat pengantinnya....
BalasPadamJDT lwn TRW tapi sedih kakak kalahlah zana huhu... masa tu kakak tengah demam tau.
BalasPadamMeriah jugalah majlis ye:)
Salam, kak Zana.. haiiiiiiiii.. mesti meriah habis tengok bola. Bolehlah pulak pengantinnya pun Kelantan ngan Johor ek.. hihihihi.
BalasPadamWahhh, berapa kali itu rempah sudah naik kapalterbang??? hehehehe
cantik pengantin..isma mmg lawak kan kak..slamat pengantin baru buat mempelai..
BalasPadamsalam
BalasPadammeriahnya
isma alif dah tgok kat IG
dia mmg jenis yg peramah kan
SELAMAT PENGANTIN BAHARU utk mempelai
BalasPadam