my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Majlis nikah anak saudara, Habiba Suite

kad undangan yang di tempah di Indonesia

Assalammualaikum semua.
Hari ini kakpb ada majlis nikah anak saudara di KK. Kakak, emak, mak saudara dan suami masing-masing dah pun berada di sini sejak hari Rabu. Anak saudara kakpb akan bernikah dengan orang Sabah hari ini di Habiba Suite selepas maghrib nanti. Kakak dan familinya menginap di sini dan majlisnya berlangsong di dewan bawah tempat mereka tinggal. Senanglah kerja kami, tak perlu berduyun2 bawa dulang hantaran naik kereta turun kereta. Tekan lif dah sampai dewannya.

Habiba Suite ini terletak di Jalan Bukit Bendera Kota Kinabalu, boleh nampak Pulau Gaya dan kawasan sekitarnya. Ada 3 bilik tidur yang selesa, ruang tamu yang luas, ruang makan dan dapur. Lengkap dengan sofa, tv, aircon, peti ais. Cuma yang lucunya abang ipar kakpb ni, setiap kali datang menginap mana-mana rumah penginapan, mesti dia pergi shopping mob, penyapu, baldi, alas kaki dan lain2. Kita orang selalu perli, macam nak menetap lama je di sini?

foto ehsan google, kakpb tak sempat nak upload gambar lagi....





 


12 ulasan:

  1. Semoga berpanjangan jodoh mereka hingga ke syurga. :)

    BalasPadam
  2. welcome to the club..cantik kad dia..

    BalasPadam
  3. Zana kira sibuklah juga sebab mesti mereka singgha juga rumah zana..

    Selamat pengantin baru buat pasangan.

    BalasPadam
  4. hihihi... lucu laa abg ipar kak pb.. mmg menjaga kebersihan ye.
    cantik kad kawin tu.

    BalasPadam
  5. tahniah pada pengantin. biar betul beli mop bagai?

    BalasPadam
  6. heheheh abg ipar akk tu nk amik feel kot..

    BalasPadam
  7. He he ehh... senang buat majlis di hotel ye, cuma sediakan rm saja..

    BalasPadam
  8. semoga berbahagia hingga ke jannah..aminnnnn

    BalasPadam
  9. wah...dating Sabah la pulak...selamat pengantin baru utk pengantin baru...semoga berkekalan hingga ke syurga.

    BalasPadam
  10. salam kak..

    hem, baru tau pasal Habiba Suite tu walaupun tinggal di sabah ni..heheh..

    BalasPadam
  11. assalam
    cuti sekolah musim org kawin
    selamat pengantin baru buat pasangan

    BalasPadam
  12. seronoknya..sambil gi kenduri leh cuti2 skali

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)