my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label telor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label telor. Papar semua catatan

Kari Telor Pecah


Taraaaaaa......kakpb pun buat juga kari telor pecah untuk makan malam semalam. Gambar tu nampak gelap sikit sebab daun kari yang kakpb blend tu dah agak kehitaman, biasa la.....kalau jenis daun2 ni simpan lama sikit, gitulah jadinya. Nak tanam sendiri, memang tak ah.....nak petik kat depan rumah ustazah tu, dah ditebangnya pulak.

Kakpb ikut macam Mas Duniaku tapi kakpb ubah sikit.....

KARI TELOR PECAH
oleh: @blogsurirumah

2 biji telor ayam
3 ulas bawang putih
5-6 biji bawang merah kecil
Daun kari (blend sama mcm Mas buat)
3 sudu besar rempah kari ikan adabi (kakpb suka adabi atau babas)
Buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis
1 biji tomato belah empat
sedikit perasa ayam Tumixs
Perahan air asam jawa (agak2 banyak mana)
garam dan sedikit gula

Cara menumis seperti biasa, kakpb malas nak tulis daaaaa......
Sedap cicah roti canai segera atau roti keping, silalah mencubanya.

Tofu Telor Bersarak





Semalam kak pb dengan hubby puasa. Alhamdulillah, tak terasa terik sangat tekak ni (tak kerja kat luar ok la kan?) cuma kasihan kat cikgu Fahmi, kena naik bot seberang Pulau Gaya. Tapi dia ok je masa balik tu, ceria dan tak terasa letih. Alhamdulillah.

Bila puasa, mulalah pening kepala fikir nak masak apa. Masa pergi pasar hari tu ada beli tofu telor dan sebenarnya dah lama sangat tak buat. Bolehkan terlupa makanan kegemaran kak pb ni. Tempohari jalan blog Cendana Kasih dan nampak dia buat tofu telor, tu yang teringin.

Untuk tofu tu, kak pb salut dengan tepung gandum.Potong dulu, kemudian goreng dalam minyak panas, api jangan terlalu besar atau terlalu kecil. Setelah kuning atau masak, angkat. Dulu-dulu tak tau juga macam mana nak masak tofu telor ni.../blush.. takkan nak goreng gitu je, mesti hancur.

Resipi kak pb ikut macam kak Ummi Kuantan 
Cuma ada tambah sos tiram sikit dan ada bahan yang tiada dalam simpanan. Terima kasih Ummi, minta izin copy paste resipi ye, halalkan ye! :)

TOFU TELOR BERSARAK
oleh: @blogsurirumah
sumber: Ummi Home Sweet Home

Bahan:-

  • 6 paket tofu telor (tauhu jepun) - dikerat 3 setiap satu
  • 10 tangkai cili padi thai *
  • 3 tangkai cili merah *
  • 6 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia * (bahan * ditumbuk kasar)- ni tak letak
  • 4 sudu besar kicap pekat manis
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram - tambah sendiri
  • 6 - 7 batang kacang buncis - kerat panjang 3 inci
  • sedikit lobak merah - dihiris halus
  • sedikit daun bawang - dikerat-kerat 2 inci
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa (optional)
  • minyak masak secukupnya

Panaskan minyak dan goreng tofu telor hingga berkulit, angkat dan toskan.
Kurangkan minyak tinggal 4 sudu besar dan tumiskan bahan tumbuk. Kacau hingga naik bau.
Masukkan kicap pekat, kicap cair dan gula secukup rasa.
Masukkan lobak dan diikuti kacang buncis.
Kemudian masukkan pula tofu telor tadi. Kacau rata perlahan agar tofu tidak hancur.
Bila semua bahan telah bersalut, seimbangkan rasa. Tutup api.
Taburkan daun bawang dan kacau balik perlahan biar rata. Hidangkan.

Aziz tak makan tofu telor sebelum ni, semalam dia teringin makan, sedap katanya...=D>

Sambal Tumis Telor

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Buka apa tadi? Laksa? Nasi ayam? Lontong? dan macam2 dalam kepala nak itu, nak ini.......pb masak simple je, nasi lemak. Kenapa? tak kena eh berbuka dengan nasi lemak? peduli apa kan.......dah selera ni teringin nasi lemak. Lauknya sambal tumis telor, ikan kembong belah belakang, timun dan ikan bilis serta kacang goreng.

Sambal telor ni buat pb teringat kat emak di semenanjung. Dia masak lagi simple tapi sedap sangat.

SAMBAL TUMIS TELOR

3 biji telor ayam di rebus
5 sudu cili kering kisar (kalau cili kerinting agak pedas, pb campurkan yang besar dan kerinting)
10 biji bawang merah
1 biji bawang besar
sedikit belacan
air asam jawa (agak2 la banyak mana)
sedikit garam dan gula
tomato buah

Cara membuatnya :-

Goreng dahulu telor rebus dengan sedikit minyak.( Kena hati2 masa ni, meletop2 tu, kang cacat pulak ada tanda2 kat tangan.)
Tumiskan cili, bawang merah dan belacan yang telah di kisar.
Biarkan hingga cili betul2 masak baru masukkan air asam jawa.
Masukkan garam dan gula.
Masukkan bawang besar yang dipotong kasar dan juga buah tomato yang dibelah-belah.
Kemudian masukkan telor rebus.
Boleh angkat dan hidang.

mesti telan air lior kalau tengok sambal kan?

sampai ke sahor tahan, lauk ni pun dah cukup buat kami 'lalu' makan, kalau tak mata ni kuyu je....

Telur Kukus Sri Rampai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Dah lepas sehari kita berpuasa. Buka apa tadi? Pb macam biasa je, nasi dan lauk simple. Puasa-puasa ni soal makan tak berapa nak sangat. Paling diingini adalah air batu. Air pula bermacam jenis air nak minum. Hari ni pb dan keluarga buat air jus carrot, mangga dan lemon asam boi.

Sempat juga pb cuba resipi dari buku RASA oleh Chef Jasmin Mohd Zon. Tak pernah buat sebelum ni walaupun buku dah lama dalam simpanan.

TELUR KUKUS SRI RAMPAI

Bahan-bahan:

6 biji telur ayam (dipecahkan dan dipukul sebati dan bubuh garam) - pb hanya guna 3 biji sebab untuk 2 orang makan.
2 biji bawang merah (potong dadu)
2 biji cili merah (potong dadu)
2 biji tomato (dah habis stok, pb ganti dgn carrot potong dadu)
30 gm daun bawang (dihiris) - pb tak letak daun bawang sebab takde
100 gm isi udang dihiris kasar
Garam
Serbuk perasa
30 gm minyak masak

Caranya:

Masukkan ke semua bahan ke dalam telur yang dipukul serta gaulkan bahan sehingga sebati.
Kemudian masukkan ke dalam acuan mengikut cita rasa sendiri (pb guna acuan lompang)
Sapukan minyak dan di kukus 15 atau 20 minit mengikut ketebalan bekas yang digunakan.
Setelah masak, boleh dihidang panas2 bersama nasi.
Sesuai untuk makan sahor.


Sebab takde acuan lain, terpaksalah pinjam acuan cik lompang tu........


Sape-sape yang tak suka makan telor yang di goreng, boleh la mencuba resipi ni.....