my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tofu Telor Bersarak





Semalam kak pb dengan hubby puasa. Alhamdulillah, tak terasa terik sangat tekak ni (tak kerja kat luar ok la kan?) cuma kasihan kat cikgu Fahmi, kena naik bot seberang Pulau Gaya. Tapi dia ok je masa balik tu, ceria dan tak terasa letih. Alhamdulillah.

Bila puasa, mulalah pening kepala fikir nak masak apa. Masa pergi pasar hari tu ada beli tofu telor dan sebenarnya dah lama sangat tak buat. Bolehkan terlupa makanan kegemaran kak pb ni. Tempohari jalan blog Cendana Kasih dan nampak dia buat tofu telor, tu yang teringin.

Untuk tofu tu, kak pb salut dengan tepung gandum.Potong dulu, kemudian goreng dalam minyak panas, api jangan terlalu besar atau terlalu kecil. Setelah kuning atau masak, angkat. Dulu-dulu tak tau juga macam mana nak masak tofu telor ni.../blush.. takkan nak goreng gitu je, mesti hancur.

Resipi kak pb ikut macam kak Ummi Kuantan 
Cuma ada tambah sos tiram sikit dan ada bahan yang tiada dalam simpanan. Terima kasih Ummi, minta izin copy paste resipi ye, halalkan ye! :)

TOFU TELOR BERSARAK
oleh: @blogsurirumah
sumber: Ummi Home Sweet Home

Bahan:-

  • 6 paket tofu telor (tauhu jepun) - dikerat 3 setiap satu
  • 10 tangkai cili padi thai *
  • 3 tangkai cili merah *
  • 6 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia * (bahan * ditumbuk kasar)- ni tak letak
  • 4 sudu besar kicap pekat manis
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram - tambah sendiri
  • 6 - 7 batang kacang buncis - kerat panjang 3 inci
  • sedikit lobak merah - dihiris halus
  • sedikit daun bawang - dikerat-kerat 2 inci
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa (optional)
  • minyak masak secukupnya

Panaskan minyak dan goreng tofu telor hingga berkulit, angkat dan toskan.
Kurangkan minyak tinggal 4 sudu besar dan tumiskan bahan tumbuk. Kacau hingga naik bau.
Masukkan kicap pekat, kicap cair dan gula secukup rasa.
Masukkan lobak dan diikuti kacang buncis.
Kemudian masukkan pula tofu telor tadi. Kacau rata perlahan agar tofu tidak hancur.
Bila semua bahan telah bersalut, seimbangkan rasa. Tutup api.
Taburkan daun bawang dan kacau balik perlahan biar rata. Hidangkan.

Aziz tak makan tofu telor sebelum ni, semalam dia teringin makan, sedap katanya...=D>

11 ulasan:

  1. cm sedap jer tofu ni wat cmni..bleh cuba gk nanti..

    BalasPadam
  2. sedap nih..saya juga pnggemar tofu telor. biasanya d goreng begitu sahaja dan terus ngap..xsempat nak masak..huhu.

    BalasPadam
  3. Kakcik suka tofu ni masak sup je. :)

    BalasPadam
  4. Sy suke gak tofu ni. Tp nak msknye leceh. Huhuhuhu!

    BalasPadam
  5. tofu ni, kalu org jual br sy beli, nk buat sendiri x kot hehehe tp resepi ni nmpk sedap

    BalasPadam
  6. Kak Zana sedap ni.... tapi kat rumah sha sorang aje yang makan.. nak juga masak.. tak bercuit dalam peti hentah2 dah tamat tempoh... tumpang tengok kat rumah kak Zana ajelah yaa..

    BalasPadam
  7. favorite kami gak ni...bestnyeee

    BalasPadam
  8. wah.. ni yang nak kena pergi kedai ni cari makanan..tiba2 jadi kebulur..hahahaa

    BalasPadam
  9. sedapnye..tgk petang2 gni buat rasa terliur la :)

    BalasPadam
  10. rasanya kalau tofu telur goreng mcm ni dimakan ratah pun sedap kot. dah lama x makan tofu telur.

    BalasPadam
  11. tun suka tofu telur nih ^^ akak salut tepung ke? nmpk mcm salut tepung, tp kt cara2 xtulis pulak.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)