my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kari Telor Pecah


Taraaaaaa......kakpb pun buat juga kari telor pecah untuk makan malam semalam. Gambar tu nampak gelap sikit sebab daun kari yang kakpb blend tu dah agak kehitaman, biasa la.....kalau jenis daun2 ni simpan lama sikit, gitulah jadinya. Nak tanam sendiri, memang tak ah.....nak petik kat depan rumah ustazah tu, dah ditebangnya pulak.

Kakpb ikut macam Mas Duniaku tapi kakpb ubah sikit.....

KARI TELOR PECAH
oleh: @blogsurirumah

2 biji telor ayam
3 ulas bawang putih
5-6 biji bawang merah kecil
Daun kari (blend sama mcm Mas buat)
3 sudu besar rempah kari ikan adabi (kakpb suka adabi atau babas)
Buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis
1 biji tomato belah empat
sedikit perasa ayam Tumixs
Perahan air asam jawa (agak2 banyak mana)
garam dan sedikit gula

Cara menumis seperti biasa, kakpb malas nak tulis daaaaa......
Sedap cicah roti canai segera atau roti keping, silalah mencubanya.

20 ulasan:

  1. saya selalu buat masak lemak telur pecah, tak pernah lagi buat kari, kalau kari tu selalu masuk telur rebus jer. Agak2 kalu sy buat ni laku tak???

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada pulak tak laku? kalau syg, mereka mesti makan punyalah...

      Padam
  2. Boleh jugalah kalau nak mencuba tak payah rebus telurnya jumat masa sikit kan zana.. kalau kakak suka cecah dgn roti zana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kakzakie, senang dan cepat masak mcm ni, insyaallah sempat tu...

      Padam
  3. Salam kak pb.. erma terliur dari duk kat dapo Mas Duniaku lagi.. dah masuk list.. memang tak leh tahan nak kena wat gak bila kak pb dah try neh.. he he he

    BalasPadam
  4. hahhahahahaa... tak larat tul klu ke sini sah sah ada jek yg tak lengkap.. ade ke malas nak tulis cara tumis. hahahhahaa... sekeh sikit kak pb neh karang baru tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...ala, tumis kari pun nak ajar ke? pi kursus dgn Hasue sana!!

      Padam
  5. tu la jah....
    kelako la akak ni...
    kasi bhn2 jerk...kikikiki

    TQ kak sudi mencuba...
    mas pun simpan stok daun kari dlm petiais...
    maklom la dok rumah tinggi...tanah kat bawah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kelako mendanya Mas? mmg akak tak kuasa nak taip cara2 memasak tu....cari la sendiri, zaman IT ni semua hujung jari jek Mas.
      terima kasih Mas, saje taknak copy paste sb akak guna tablet, payah naaa mengkopipes.

      Padam
  6. tima kasey kak zana sbb bg info tuh.... memandangkan akak dok kt sabah, so blh le zura tanye byk benda psl sabah ni....heheeheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 Zura sayang...insyaallah akak jawab mana yg boleh.

      Padam
  7. Assallamualaikum kak Zana..

    Hahaha..kak zana..kak zana.. Apa akak tak copy paste jer resepi tu dari blog mas kak..hihihiii.. siap bg tau tu malas nak taip..kih..kih..kih..

    sedap ni kak. Naz pun baru buat lepas tgk kat blog mas ari tu. Tapi tak dan entry lagi. Kana bagi chance entry lain yg bnyk tertangguh tu dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam Naz, saje malas copy, nanti org kata blog kopipes...hehe..

      Padam
  8. lama tak makan kari.. wah..sedapnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alah Boni, pegi ler kedai mamak tu, bnyk je kari, mcm2 adaaaa!

      Padam
  9. sedapnya kak,
    biasa zila buat sambal telur pecah..dh lama x buat kari telur pecah camne..kecurr nie:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap ni zila, mkn dgn nasi lemak pun ok gak ni...

      Padam
  10. Pertama kali kakcik jumpa resepi di mana daun kari kena kisar. Boleh cuba ni. :)

    BalasPadam
  11. waduh..apa2 menu telur kita suka tau! mudah dan sedaapkan!

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)