my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

25hb Mac

Ulang tahun perkahwinan kami yang lepas, kami celebrate biasa2 je.......sebenarnya lupa pun ye jugak........jadi aku cuma buat cupcake (saje2 hiburkan hati sendiri). Nak keluar makan2, suami kerja. Malam pula, tak kuasa nak turun. Kami lebih suka menonton tv di rumah.

Cupcake yang aku buat ni dari Nor Aini Adnan. Kita share resepi ni, kalau ada yang nak cuba, boleh la ambil. Senang je........

KEK COKLAT CIPS

Bahan-bahan:-

250 gm tepung berserbuk penaik

250 gm mentega

200 gm gula kastor

50 gm coklat chips

60 ml susu coklat

5 biji telur

1 sudu kecil pes coklat

Esen vanila

Coklat chips

Cara membuat:-

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur berselang seli dengan susu dan tepung.
3. Tuang esen vanila dan pes coklat. Pukul lagi.
4. Masukkan coklat chips dan kacau rata.
5. Tuang dalam bekas mini beralas kertas. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 15 - 20 minit atau kekuningan.


nota: kalau nak makan untuk 2 atau 3 orang, buat separuh adunan je.....

Mudah2an rumahtangga kami kekal selamanya, di murahkan rezeki.......amin.....

2 ulasan:

  1. sedapnya cup cakes....
    thanks 4 d recipe kak zana...
    akk mmg rajin masak..

    BalasPadam
  2. sama-sama equeen....
    saje je isi masa lapang, bukan mkn sgt pun...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)