my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Puding kelapa

Hari ni bermulalah cuti sekolah penggal pertama. Tiada tujuan kemana2 cuti ni sebab kami tidak merancang dari awal. Cuma.......mungkin akan ke Kudat pada hujung minggu depan, itu pun kalau jadi.........bosan aku, awal pagi selepas mengadap tv (kebetulan channel hbo tayang cerita best pulak...), sarapan nasi goreng kampung, aku ngadap intenet pulak........

Lepas zohor, aku ajak suami keluar ke Tg Lipat, sebelum hujan lebat petang nanti. Akhir2 ni sering hujan lebat sebelah petang. Suami balik dengan basah kuyup, sampai ke kasut basah........kesian pulak aku tengok......

Disana, kelihatan beberapa kumpulan remaja berkhemah.......seronoknya mereka.....bina istana pasir.......teringat zaman remaja ku dulu. Rasa nak balik muda je.........tapi...mati hidup balik pun takkan dapat saat2 begitu lagi. Lega kepala otak ni dapat hirup udara segar walaupun tak sampai satu jam di sana.


Ketika aku snap gambar ni, adik ipar kata, nak ambik gambar jugak ke? hehe.....aku kan gila kamera.........nasib la sape yg dekat dgn aku.......jadi mangsa.....

Lepas tu suami nak lepaskan hajat ku makan puding kelapa sekitar pasar philipine. Aku dapat tau dr seseorang, katanya puding kelapa di sini sedap banget..........walaupun kami selalu lalu lalang di situ tapi aku tak pernah lagi jalan2 sekitar bandar yg ada menjual kraftangan ni. Ingat nak tengok2 jugak sebelum cuti panjang nanti, beli souvenir untuk famili.


Harga segelas puding kelapa ni RM2.50 dan segelas air kelapa RM1.00. Boleh la tahan rasanya, tak manis sangat. Rupanya di belakang gerai2 ni, ada pasar malam bermula pukul 5.00 ptg hingga 11.00 mlm menurut kata si penjual air kelapa. Aku belum pernah ke pasar malam selama di sini. Mungkin cuti ni ada peluang kot.......tapi, aku dan suami jarang keluar malam. Macam mana nak keluar kalau pukul 8.30 mlm dah mengantuk..........


2 ulasan:

  1. teringt kenangan ke pasar philiphine bbrp tahun yg lalu..rambang mata memilih souvnier utk dibawa pulang..kl ada kesempatan lagi mmg terasa nak jejak kaki lagi skali k KK..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)