Di kolam yang sejuk ni, masuk kena bayar lagi, RM3 seorang. Hanya sejam dibenarkan berendam di sini. Aziz suka sangat, ibu dia pun suka jugak.......kalau kat kondo rumah sewa tu, jangan harap aku nak turun mandi di kolam. Ini pun sebab cuaca panas sangat. Ikutkan aku malas nak tukar menukar baju mandi ni........err....gambar aku dgn swimming suit tak dapat ku siarkan ye......bukan 'seksi'........tapi 'seksa'......
Selepas mandi manda, kaki aku dah naik krem sebelah kiri, perut pun dah berkeroncong. Aku dah malas nak singgah mana2. Tapi Aziz nak ke taman rama2 pulak.............aku suruh ayah dia je temankan. Tak koser aku! dah la terhencut2......aku tunggu je dia orang bawah pokok. Masuk taman tu katanya kena bayar lagi..........
Sempat suami ku snap gambar rama2 ni sebelum dia menerbangkan dirinya.......cantik kan?
hemm.......teringat pulak drama kat tv rtm......cinta si rama-rama.........
Jam dah pun 2.oo ptg. Suami ku kata, balik aje la.......takde mood nak tidur sini.....aku tak kisah, mana2 pun boleh. Mungkin suami tak selesa kerana brek kereta buat hal pulak. Dah macam bunyi kapal terbang je..........
Dalam perjalanan pulang, sebelum sampai pekan Ranau, kami singgah di ladang teh sabah. Aku bayangkan, tempat yang tinggi, sejuk, ada bau daun teh, pemandangan yang indah. Mesti macam Cameron Highland.........

Ada tiga orang budak jaga di pintu masuk ladang teh. Dengan senyum lebar mempersilakan kami naik keatas bukit, dengan jalan yg berbatu kerikil, kereta kami terhenjut2. Mula rasa tak seronok ni..............
Tiada yang menarik sangat di sini. Nak minum dan bersantai2 pun tak banyak pilihan. Kami hanya beli sebungkus teh sabah dan buku map sebagai souvenir, jangan tak beli orang kata.....
Dalam pada tak best tu, sempat jugak la menyelit kat celah2 pokok teh untuk berposing. Tak sampai setengah jam kami di sini..........3.30 ptg bergegas nak balik sebab nak tengok Spa Q. Aku cuma kesian kat suami, drive sepanjang hari tapi dia lebih selesa balik rumah. Lagipun kenderaan di jalan tak sibuk sangat.
Dalam perjalanan pulang, hujan panas pula. Maka kelihatan la pelangi di kaki langit. Gambar tu, Aziz yang snap.

Tepat 6.30 ptg kami sampai rumah. Kesimpulannya, takde la seronok sangat Poring Hot Spring ni (bagi aku le.....) tapi orang muda2 mungkin best.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)