Awal pagi........tetiba suami cadangkan kami ke Ranau, Porin Hot Spring. Konon nak bermalam satu malam di sana. Aku, mula2 keberatan tapi........ikutkan je la.....orang dah ajak, takkan nak tolak, ye tak?
Cuaca elok je pagi tu........suami kata kena siap dlm setengah jam, 8.30 pagi kita bertolak. Aku pun sumbat dua tiga helai baju setiap seorang dalam satu beg, yang penting swiming suit kena ada. Ok......siap!!
Pukul 11 pagi kami sampai di pekan Ranau. Habis satu pekan kami round, cari bilik. Ingat nak bermalam di Orkid Hotel (kalau tak silap) tapi penyambut tetamu cadangkan kami bermalam di Lohan Rest House kalau nak mandi manda di Poring.
Setibanya di Lohan Rest House, kelihatan sepi je........gambar dlm brower menarik hati kami. Tapi.........jauh jugak kalau nak keluar makan di pekan, dalam 15 minit perjalanan. Fikir punya fikir, kami tak jadi menyewa di situ. Kami terus ke Poring Hot Spring dulu, kemudian baru fikir samada nak balik atau tidur di Ranau.
Depan pintu masuk Poring ada gerai cenderamata tapi aku tak beli pun, tengok2 je.......rasanya murah lagi di KK. Lagi pun rumah ku belum ada almari untuk letak segala barang2 hiasan, yg dah ada pun masih dlm kotak lagi........
Malas nak berposing sebenarnya tapi dah 'orang tu' sibuk suruh, aku paksakan diri jugak. Bukan apa.........dah macam 'mak dugong' aku ni sejak dua menjak ni......makin sihat walaupun sebenarnya selalu 'tak sihat'.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)