
Tak payah cerita pasal pindah la......boring pulak.....kisah orang pindah ni, bukannya best pun......nak cerita hari Ahad lepas, kami dijemput ke majlis hari jadi anak kepada pakcik belah suami. Hamizan namanya, teman rapat Aziz di Sabah ni. Dengan hidangan soto mihun, bubur kacang dan ayam kfc. Simple je, mama dia sibuk manjang, nasib baik buat jugak kecil2an dan jemput kawan2 rapat dia.


Masa sesi sembang2 kaum ibu ni, aku baru kenal dua tiga orang kawan2 makcik ku ni. Kak zu namanya......peramah gila.....tak henti2 mulut dia bercerita. Dalam banyak2 cerita dia tu.......ada satu yang aku nak share di sini......kisah anak2....dulu dan sekarang.
Anak kak zu ni study lagi di uitm skudai. Kalau balik sana, selalu talipon mak dia, rindu nak makan sambal ikan bilis. Kak zu kata, dia bangga sangat kalau anak rindu nak makan masakan dia walaupun tak sedap mana. Anak2 sekarang, mana yang selalu mak dia tak masak (makan luar) kerap nak makan kfc, mcdonald dll. Umur baru 3 tahun dah pandai nak kfc, kata dia. Makcik ku pula sampok, dia dulu masa kecik2, time makan mesti di suap oleh mak dia........berderet2 duduk bersila tunggu di suap dengan tangan, lauk telur goreng dgn kicap je.....takde lari sana sini macam bebudak sekarang, nak di suap bukan main susah. Aku tumpang dengar dan tumpang sengih..........macam2 hal.......kesimpulannya, anak2 yang merasa makan dari air tangan ibu masing2 lebih mesra dengan ibubapa dan adik beradik......hemm...ada betulnya juga kan?
memang betul kakzana... saya kecik2 sampai darjah 6 makan adik-beradik dalam dulang :D tak perlu nak guna pinggan banyak2 sebab satu dulang makan 4 orang ( 4 lelaki dan 4 perempuan)
BalasPadamtapi kakzana tak merasa tu semua kerana datok yg bela masa kecil.....rasa terkilan tau...tp nk buat mcmna....dah takdirnya begitu.
BalasPadam