my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Arwah tok dengan karipap, akhirnya.....

Salam Sejahtera....



Kali ni malas nak cerita panjang sebab makcik order karipap frozen dan kuih kasturi banyak ni.
Takde la beribu2.........tapi cukuplah membuatkan aku sibuk seminggu ni.




Makcik suami ku ni memang selalu order karipap dengan aku. Kalau beli tu macam nak makan untuk berpuluh orang. Aku jual sepeket RM4, 10 biji karipap. Dulu2 (masa kat semenanjung) banyak order dari cikgu2 sekolah suami. Boleh di katakan tak putus, tiap2 minggu ada je yang order. Cuma sekarang ni, projek karipap ku tergendala sebab pindah ke Sabah. Tempat baru bukan mudah nak cari pelanggan yang serasi dengan sentuhan ku.

Apa2pun aku harap selepas ini akan berkembang hendaknya. Sekadar mengisi masa lapang dan mencari duit poket sendiri. Agaknya aku dan kakak ku menurun warisan daripada arwah tok. Masa aku sekolah rendah dulu, sebelum pergi sekolah, mesti kena hantar karipap kat kedai pagi2. Sekejap je habis. Arwah tok memang terror kalau bab2 karipap ni. Tapi masa tu aku tak menuntut apa2 pun dari dia. Selalu tolong kelim dan balik2 karipap dalam kuali.

nota: akhirnya.......kini aku mewarisi dari dia tanpa ku tahu resepinya.

4 ulasan:

  1. tahniah kak dah ada bisnes sendiri.

    BalasPadam
  2. tahniah kak..sukela cantik keliman akak..seri x brape pandai sgt kelim..kasar je rupenya..seri panggil mmg epok epok..samala dulu penah tlg mak goreng n klim epok2 untuk jualan..

    kak kalo yang da siap goreng akak jual mcmana ye?bolelah promote kat opis ke..

    BalasPadam
  3. mummyseri...
    masa kat Johor dulu, akak panggil epok2 tp area KL di sebut karipap. biasanya kalau dah goreng, 40 sen sekeping, tepung kan mahal kat sini? faham2 je la...

    terima kasih mummy kalau nak promote kat opis, nnti akak upah..hehe...upah makan je.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)