my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

~~sessi membebel~~

Salam Sejahtera....

"Aku ceraikan kau dengan talak satu!"
Jangan terkejut pula ye........bukan kisah aku ni cuma perkara ni selalu bermain di minda terutama kaum perempuan. Perkara halal tetapi paling di benci oleh Allah.

Ada setengah kes, perempuan yang asyik sebut 'ceraikan aku', mencabar kesabaran sang suami. Lelaki pula pantang di cabar, pantang di minta. Tambah pula yang dah 'pasang' lagi satu tanpa pengetahuan isteri. Pucuk di cita, ulam mendatang. Soal anak tolak tepi. Apa yang penting penuhi hasrat kelelakian dia untuk mendapatkan citarasa baru.

Kenapa mereka tak memikirkan perasaan anak2 dahulu? Masa depan mereka pasti menemui jalan buntu sekiranya terabai dari baru lahir lagi. Tempat mereka mengadu nasib telah pun runtuh. Tidak sefahaman dan sehaluan, masing2 buat hal sendiri. Makan pakai tak terjaga. Kalau ibubapa yang berfikiran jauh kehadapan, alhamdulillah. Terpisah pun........kebajikan anak2 tetap dijaga dengan baik.

Apa yang aku runsingkan ni, ibubapa yang hidup sederhana, yang mata pencariannya tak tetap. Seperti jual nasi lemak, jual ikan kat pasar dan sebagainya. Bukan la maksud aku mereka2 ni tak mampu tanggung anak. Kalau kerja bersungguh2, rajin siang malam cari duit, mereka ni lebih mewah dari kita yang mewah ni.

Sudah la hidup susah, ada laki......pemalas pula. Seminggu berniaga.......seminggu cuti, joli pulak tu. Anak berciak miak minta susu sebab masih kecil dan paling tua baru sekolah rendah. Nak kata cari duit untuk buat harta tu, jangan harap la. Nak cari duit untuk makan pun tak cukup, pergi pula main judi......perempuan lagi....Sembahyang lima waktu? Entah la........kalau dah puasa pun lebih baik anak daripada bapaknya? Macamana tu?

Adik beradik nak tolong? Kalau dia anak sulung, memang susah adik2 nak nasihatkan. Iye la.......dah tentu dituduh nak mengajar dia pulak. Sudahnya.......makan hati, bila tengok....sakit mata, dengar cerita rumahtangga dia orang......sakit telinga dibuatnya. Mana yang ada emak lagi la siksa orang tua tu. Nak menjaga cucu yang ditinggalkan pulak. Kalau dah bercerai, bekas bini kena la cari kerja untuk menampung hidup anak beranak. Laki yang dah ada perempuan lain, takkan nak tanggung anak dia sebab sah2 duit yang dia ada pergi ke perempuan tu.

Aku pun hairan kenapa setengah lelaki tak dapat bezakan mana yang baik, mana yang buruk. Kalau dulu sebelum kahwin, cinta sampai bawa kemati kononnya. Berkepit siang malam, senyum sampai ketelinga, indah segala2nya. Kentut pun wangi!

Bila dah dapat anak tiga, badan bini pun dah kembang semacam.........mula la kata bini tak cantik, malas, tak tau jaga anak, tak pandai masak......bla...bla....Paling aku tak suka bila mereka kata bini tak pandai jaga laki. Kalau diri sendiri pun tak betul, tak pandai mengemudi rumahtangga, macam mana isteri nak sempurna? Sebagai lelaki, mereka kena ajar isteri bab2 agama, hukum hakam, bagaimana mengatasi masalah dengan mertua dan sebagainya. Perkahwinan ni bagi aku, bukan sekadar mengukuhkan hubungan suami isteri sahaja tapi seluruh keluarga kedua2 pihak.

Ada tu, kalau balik kampung, buat macam duduk rumah tumpangan. Bangun pagi, masing2 uruskan anak sendiri je, bukan nak tengok2 dapur mertua tu. Buat la apa yang patut. Masak air ke, basuh pinggan ke, buat cucur kodok ke, nasi goreng ke.......buat la macam rumah sendiri. Sudah la dengan mertua susah nak berbual, dengan ipar2 pun seliseh bahu baru nak tegur. Aku pun heran, suami isteri tak nampak ke kekurangan masing2? Jika isteri tak puas hati sikap suami, kita boleh tegur dengan cara elok tanpa mengecilkan hati dia. Begitu juga sang suami berhak menegur isteri, agar tidak berterusan sehingga menjadi buah mulut saudara mara.

Kadang kala, orang tua kita ni sedar yang anak dia telah berubah sikap bila dah kahwin. Kalau dulu selalu talipon tanya khabar, bila dah beristeri..........sebulan sekali pun payah. Berkira sangat kalau nak buat panggilan untuk orang tua. Untuk isteri....sanggup berhabisan, sebabnya? Takut isteri merajuk atau kecil hati. Apa yang aku tekankan di sini ialah sikap lelaki yang takde pendirian, tak berani bersuara.

 Isteri pula, mestilah kena dengar cakap suami walaupun biasanya banyak yang isteri tak setuju dan sependapat apa yang suami utarakan atau cadangkan. Tetapi, kerana status dia sebagai isteri, tak puas hati ke.......terpaksa pendam saja. Pendam tu bukan la bermakna isteri kena simpan segala ketidak puasan tu tapi pendam semata2 untuk menjaga hati suami. Bila ada masa lapang tu, boleh la curahkan tapi kena tengok masa yang sesuai. Bukan la aku ni nak mengajar hidup berumah tangga. Aku rasa ada ramai lagi di luar sana yang lebih lama usia perkahwinan mereka. Ada lebih banyak tip dari aku ni, betul tak?

Apa yang aku tulis ni sekadar secebis kisah kehidupan dalam keluarga kita. Mungkin teman2 blogger juga menghadapi masalah yang sama cuma jalan cerita berbeza.

Bagaimana pun soal rumahtangga ni soal peribadi masing2. Orang lain tak boleh selesaikan melainkan diri kita sendiri. Terima seadanya diri kita dan pasangan kita. Kita boleh berubah asalkan kita ketepikan ego dalam diri kita.


nota aku:  maaf la kalau ada sesiapa yang terasa dengan tulisan aku ni......
dah lama nak luahkan tapi.........
ni bukan kisah aku ye!!


4 ulasan:

  1. ya..bagus info ni kak..utk renungan bersama..

    BalasPadam
  2. Relax relax ... fuhhh fuhhhh ... tenang ... hehehe ...

    Pengurusan diri dan keluarga lemah . . .

    kemudian self motivation pun kongg ...

    susahlah bila berbicara tentang hal ini...

    sebab menyentuh tentang perangai manusia ...

    batu yg keras pun bley berlekuk sedangkan manusia pun belum tentu lagi berubah ke tidak ...

    BalasPadam
  3. betul tu razif, kalau besi boleh bengkok, manusia ni.....kena bergantung pd diri masing2 nak berubah ke tak.

    BalasPadam
  4. Manusia memang tidak lepas dari kesilapan.

    Tapi yang penting . . . kena perbaiki apa yang tak kena . . .

    self motivate and muhasabah diri . . .

    sebab itu didikan daripada kecil penting agar jika di masa depan . . . tergelincir dapat kembali ke pangkal jalan.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)