my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Bebola Keledek Goreng (Madiha)


Sedap tau keledek goreng macam ni. Sampai esok paginya pun masih lembut. Mula tu kakpb pergi blog Madiha nak balas komen, ternampak pulak resipi ni. Kebetulan ada stock keledek oren. Bosan asyik goreng je.Kakpb tak ikut sukatan Madiha, makan untuk tiga orang. Terima kasih Madiha dan penyumber resipi asal di sini.

BEBOLA KELEDEK GORENG
oleh: @blogsurirumah

450 gm keledek oren 
 250 gm tepong pulut
30 gm tepong jagung
120 - 150 gm gula ~ MaDiHaA guna 110 gm
100 gm kelapa parut segar ~ yang putih
1/4 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

1. Kupas kulit keledek & rebus sehingga empuk. Segera lenyek keledek rebus semasa ia masih panas menggunakan pelenyek kentang. Sejukkan sebentar.

2. Campurkan tepong pulut, tepong jagung, gula, kelapa parut dan garam ke dalam keledek lecek tadi. Campurkan hingga sebati & uli menggunakan tangan sehingga menjadi doh yang lembut & licin. ~ Disebabkan MaDiHaA menggunakan keledek kuning yang bukan jenis meresap air semasa merebus, MaDiHaA telah menambah sedikit air semasa menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut.. jika tak tambah air.. ia agak kering. Jika menggunakan keledek oren atau sebarang keledek jenis lembik.. air tak diperlukan. (yang ni kakpb guna keledek oren, senang kerja)

3. Cubit sedikit doh kira2 15 gm setiap satu dan bulat2kannya menggunakan tapak tangan & buatlah sehingga habis.

4. Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana untuk goreng terendam. Masukkan bebola keledek tadi sikit demi sikit & goreng sehingga kuning keemasan.  Angkat dan toskan di atas tisu dapur.  Hidangkan segera.



4 ulasan:

  1. Akak tak pernah cuba..biasa dengan goreng2..kreatif ..

    BalasPadam
  2. Sedapnya.. tun kt sini susah nk dpt kelapa parut yg fresh :( agak2 kalau guna kelapa kering sure kurang sedap kan.

    BalasPadam
  3. Cantik nampaknya - bulat dan gebu. :)

    BalasPadam
  4. dah jadik ekk kak PB... sedap kan? ralit ngunyah sebiji sebiji masuk molot.. hehehe..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)