my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

PARKER terbaik!!


Apa aktiviti teman-teman kakpb semalam eh? Kakpb dua hari sabtu dan ahad cuma mengukur shopping komplek je. Belinya tak seberapa, tengok-tengok je lebih :)

Alhamdulillah, berkat doa kawan-kawan dan keluarga, ketegangan yang melanda agak berkurangan walau hati masih pedih dan sakit. Allah saja yang tahu. Kakpb dan cikgu fahmi tengok Parker semalam. Best sangat cerita ni, asyik tersentak-sentak kakpb dibuatnya kerana terkejut. Sampai couple kat sebelah pun gelakkan.

Jason Statham ni berlakon mesti botak kan? Filem pun kebanyakkananya cerita yang action dan serius. Sebenarnya kakpb taktau pun si Jennifer Lopez tu ada berlakon. Maklumlah....orang ajak tengok dalam mengejut je, tak ready pun hari tu. Mulanya cikgu fahmi terpengaruh dengan cakap2 adik dia, katanya cerita ni menarik tapi dia belum ada masa nak tengok.


Mula cerita, langsong tak nampak rupa Parker masa dia jadi Paderi. Bijak betul dia orang ni make up.

Ok, cerita banyak pun tak guna, baik pergi panggung sendiri tengok. Bateri laptop nak abis ni, bye!!

6 ulasan:

  1. Lamanya tak tengok wayang....

    BalasPadam
  2. Kakak cuti melayan anak-anak ke shopping komplek juga zana tapi tak ada barang utk kakak. Beli barang dapur dan keperluan rumah aje. Anak-anak yg lebih.

    Sesekali menonton best juga ye Zana. Tapi kakak dah tua ni dah malaslah..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)