my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ayam Rendang Briyani - Ibundo


Khamis 31hb Januari, kakpb puasa hari ni, insyaallah takde halangan sampai petang. Ramai yang bertanya pasal collagen yang kakpb tayang semalam. Rasa apa? Biasa je bagi kakpb sebab kakpb campur dengan jus durian belanda ketika minum tu. Insyaallah nak cuba amalkan, itu pun jika dirumah. Kalau kemana2 takkan nak bawa pula. Bendalah tu nak kena simpan dalam peti sejuk sepanjang masa. Katanya, elakkan dan kalau boleh jangan minum terus minuman yang ada kafein seperti kopi (ni kakpb tak minum langsong) nescafe (jarang2, kalau minum pun suka campur dengan milo) dan sebagainya. Tapi kakpb rasa sesekali minum takpe kot.....

Ok lah, cerita pasal collagen ni memang berlambak kat pasaran. Rajin dengan malas je pokok pangkalnya, barulah nampak hasil, betul tak? Ayam rendang ni kakpb buat hari selasa kalau tak silap. Kat Instagram dah tayang awal, blog je agak slow :) Resipi daripada Ibundo, kakpb memang suka ayam macam ni, anak bujang pun puji melangit. Makan pula dengan nasi bukhari.....


Resipi nasi bukhari dah pernah buat kat sini dari sumber yang sama juga.

Zana minta izin copy paste resipi ye Bundo!! Terima kasih, saaaaayang Bundo..

AYAM RENDANG BRIYANI
oleh: @blogsurirumah
sumber: daporIbundo

 Bahan:
1 ekor ayam
1 1/2 biji kelapa parut.
3 biji bawang besar *
3 batang serai *
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
3 biji buah keras*
15 biji cili api (tambah kurang ikut selera)*
3 sudu besar rempah briyani
1 sudu kecil kunyit serbuk
8 helai daun limau purut dibuang tulangnya
1 sudu besar jus lemon (kakpb ganti jus limau kasturi)
garam secukupnya

 1. Blender kelapa dan perah santannya.
2. Blender bahan yang bertanda *.  Campurkan bahan blender dengan rempah briyani dan kunyit.
3. Panaskan sedikit minyak.  Tumis bahan blender  dan daun limau purut sehingga masak dan wangi.
4. Masukkan santan. Masak santan sehingga ia tinggal separuh daripada asal.  Masukkan ayam.
5. Tambah jus lemon.
6. Masak sehingga pekat.

nota kakpb: minta maaf kalau semua resipi kat sini kebanyakkannya kakpb copypaste.
bagaimanapun kakpb dah letakkan link sekali, kakpb taknak hipokrit, resipi orang kata resipi sendiri.
 



11 ulasan:

  1. Sedapnya la rendang ayam ni...terbuka selera ni ha..:)

    BalasPadam
  2. Kalau kakak suka makan dgn nasi impit Zana. Baca bahan-bahan yg digunakan kakak macam terasa kat tekak ni sedapnya:)

    BalasPadam
  3. kalo saya takley minum la eh?

    saye minum nescefe setiap hari...

    BalasPadam
  4. Sedap ni makan panas2 dengan nasi beriyani

    BalasPadam
  5. alah! sedihnya instagram kita dah ke laut, huhuhu.

    Memang nampak sedap sangat tu, patutlah Aziz suka, tambah pula kalu dimakan dgn nasi bukhari tu..

    BalasPadam
  6. wah..akak dah cuba ayam ni, ari tu nampak bundo buat mmg nampak mengancam betul...mesti sedapkan...

    BalasPadam
  7. Rendang Ayam tu, kalu ada lemang or Nasi Impit, perhhh memang dah kena dah rentaknya.

    BalasPadam
  8. Assalmualaikum sdp nye...boleh cuba ni...

    BalasPadam
  9. cam sedap je kak..mesti try ni kot2 ada makan2 ke...sesuai kan.:-)

    BalasPadam
  10. Menyelerakan sungguh .. Bila2 nanti boleh cuba .

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)