my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

DOA : selepas solat fardhu

Assalammualaikum....

Kita berdoa setiap hari kadang kala kita tidak tahu maksud dalam doa kita. Apa kata kakpb kongsi sikit maksud doa selepas solat fardhu yang kita amalkan setiap hari.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Segala puji bagi Allah pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan keatas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Maaf untuk teman-teman yang kakpb belum dapat kunjungi. Sempena Maulidurrasul ni, hati kakpb tersentuh bila membaca dan mendengar ceramah tentang riwayat Nabi Muhammad S.A.W. Betapa Baginda seorang yang pengasih terhadap umatnya sehingga ke akhir hayat.

Mudah-mudahan amalan kita berselawat kepadanya setiap waktu menjadikan kita seorang yang tabah, sabar, penuh kasih sayang dan semua sifat yang terpuji. Amin.

13 ulasan:

  1. Moga dengan translation ini dapat membawa kita lebih khusyuk bila berdoa kan zana..

    BalasPadam
  2. Amin.. amin.. amin Ya Rabbal Alamin. Semoga Kak Zana sentiasa di dalam rahmat Allah, terima kasih atas perkongsian ini, kak.

    BalasPadam
  3. Salam kak zana..terima kasih atas terjemahan doa ni....

    intan beli clay kat daiso..kak zana pi je kat sana..segala mcm clay ada..hehe..warna guna acrylic paint kalau nak ok..tp intan x beli lg.mahal..kak zana boleh cr kat kedai art

    BalasPadam
  4. betul tu kak PB.. kdg kita hanya pandai berdoa dlm bahasa arab tp tak faham akan maksudnya.. t.kasih berkongsi...

    BalasPadam
  5. bagusnya siap ada translation..
    mudah org nk lebih memahami apa yg didoakan :)

    BalasPadam
  6. Salam Maulidur Rasul kak.. Tq for sharing..

    BalasPadam
  7. Amin..amin..amin..moga bahagia hidup di dunia dan akhirat..

    BalasPadam
  8. moga apa yang kita lakukan diredhai Allah :)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)