my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan

Escape Plan

Bukan kakpb ye yang nak lari!! Sabtu lepas tengok cerita ni kat Suria Sabah. Tengok berdua, anak bujang rumah opah dia. Ambil peluang kalau dia takde kami menonton wayang yang agak 'ganas' sikit.

Cerita ni memang menarik sangat bagi kakpb. Kisah banduan yang terpenjara di satu tempat yang tidak diketahui gara-gara dia menerima tawaran dari majikannya (security firm). Sylvester Stallone sebagai Ray Breslin, watak utama otai woooo!! Omputih ni hero semua tua-tua kan? Itu sebab cerita mereka best.....

Suspen dari awal cerita hingga ke akhir. Kalau korang tengok memang tak ngantoklah. Terselit juga lawaknya dalam ganas tu. Paling lucu ketika tiga orang banduan ni 'say cheese' kat cctv sebelum melepaskan diri....hehe....macam bodoh pun ada. Dah tau nak lari, pergi tayang muka kat cctv.

Lama tak tengok lakonan Arnold.........sejak jadi orang penting negara dia, kes mahkamah la...
Ok, taknak bebel panjang, pergi tengok sendiri, tak rugi pun.



Escapeplanfilmposter.jpg

KL Gangster 2

Semalam kakpb dan famili tengok KL Gangster 2 di Suria Sabah. Beli tiket online senang. Tapi semalam orang tak ramai sebab filem ni dah tayang dari minggu lepas lagi. Masa kami menonton Vikingdom. Kali ni pergi sebab permintaan anak bujang kakpb. Sebenarnya tak suka sangat dia tengok cerita begini tapi nak halang pun, dia dah tengok dirumah opahnya minggu2 yang lepas. Kan sebelum ni kecoh filem ni terlepas di internet. Dia sempat tengok. Jadi semalam sekadar meneman kami yang belum tengok.

Ok juga filem ni tapi kakpb tak galakkan budak2 tengok. Dari anak kakpb pandai tengok tv memang tak benarkan langsong dia tengok cerita yang ganas2. Kalau kami nak tengok wresling ke....cerita perang2 ke...kakpb suruh dia tidur dulu. Kakpb memang pantau habis bab2 ganas ni. Contohnya tak benarkan bermain api seperti bakar2 sampah. Tak biarkan dia guna pisau atau gunting untuk gunting2 kertas (kalau bagi main pun cari gunting yang tumpul hujungnya.) Barang mainan seperti pistol, senapang, pisau dan lain-lain memang tak dibeli sekalipun dia berminat. Jadi anak-anak tidaklah cenderung kearah benda2 sebegitu bila dia membesar.

Eh..lari tajuk pula. Bukanlah nak kata cerita ni tak bagus. Boleh anak tengok cuma ibubapa kena ada sama. Kakpb selalu pesan pada anak, tengok boleh sebagai panduan tapi jangan ditiru yang tak elok tu.

 
sumber foto : sini

Kakpb tak sempat tengok pada awalnya kerana sampai lewat 6 atau 7 minit gitu. Jalan jem, parking jauh sikit dari panggung. Masuk2 je dah bergasak si Tailong dengan King (Riduan Hashim). Bahasa yang digunakan 'lu' dan 'gua'. Adakah keluarga Shark (Shamsul Yusof) berbangsa cina kacukkan? Bapanya King (Ridzuan Hashim) dan ibunya pelakon Angeline

Terbaik lakonan Rosyam Nor, Sofie Jikan, Zizan RL dan lain2nya. Aaron Aziz toksah tanyalah....time sedih, memang sedih gila muka dia (kakpb pun sebak) time mengganas tu, memang kita pun sakit hati tengok. Adi Putra pun tak kurang mantop. Rokok sebatang sepanjang masa kat mulut. Dialog terbaik dia, "aku tak hisap rokoklah, emak aku marah....aku semput mana boleh hisap rokok!" lebih kurang gitu ler....

Penghibur dalam filem ni dah sah-sah si Zizan dan Sofie Jikan. Pantun sepanjang masa dengan slang cina dia......kakpb kadang-kadang baca kat subtitle untuk lebih jelas....haha...cerita melayu tapi kena baca subtitle.

Oklah....baik korang tengok sendiri mana yang belum pergi tu. Support filem Melayu walaupun taklah menggambarkan filem kita sangat. Sekadar cerita rekaan kan? Nanti marah pula orang filem, surirumah nak komen filem mereka, apa yang kita tau....tengok dan komen. Hak kita.....masuk panggung pun kita bayar, jadi kita berhak komen, tak gitu?

Vikingdom - Jon Foo - boleh dibanggakan

Vikingdom (2013) Poster 

Vikingdom arahan Yusry Abd Halim, kakpb bangga sangat bila nama ni tertera sebagai pengarah kepada kaum yang kita panggil 'orang putih' ini. Kakpb tak pandai sangat nak menilai, mengkritik filem dan memperkatakan lakonan mereka bagus atau tidak.

Hanya seorang yang membuatkan kakpb sentiasa senyum, kagum dengan lakonannya. 'Yang' atau sebutannya Yeng........kacak, comel (sesuai ke lelaki dipanggil comel?). Nama sebenar beliau Jon Foo. Belum google lagi samada dia ni berbangsa Cina kacukan atau apa. Tapi memang orang kata, kecil-kecil cili api dia ni.....

Kakpb rasa macam dialah hero dalam Vikingdom. Cuma tubuh yang agak rendang berbanding dengan pelakon lain. Tetapi ketangkasannya dalam peperangan itu yang menarik hati kakpb. Tak tau la pandangan orang lain.

Jalan cerita agak memeningkan kerana semua nama-nama tempat yang direka memang sukar untuk disebut, apatah di ingati. Itu pasal kakpb kata, Yang paling senang nak ingat....haha...dasar malas nak fikir kan?

Boleh klik sini untuk sinopsis dan kakpb copy image dari sana juga.

Jon Foo 

Baru 31 tahun si Yang ni....hehe...tadi google kejap kat sini
 
Selamat menonton filem kita!! (bukan wajah Melayu ye..)

Lone Ranger - terbaik dari Abg Johnny Deep dan salam ramadhan


 TheLoneRanger2013Poster.jpg

Dah beberapa hari ni kakpb sukar betul nak luangkan masa depan pc. Nak update pasal masakan pun, ada yang kakpb dah lupa kat mana letak gambar. Bila dah jumpa, lupa pula nama masakannya..A confused smiley Taknak buang masa, kakpb terus pada tajuk entry. Kerja banyak menunggu kat dapur tu.


Lone Ranger lakonan abang Johnny Deep dan Armie Hammer memang sesuai di tonton oleh kanak-kanak. Menghiburkan dan lucu sangat bagi kakpb. Laughing smiley Dengan muka Tonto yang di kapur ke hape tah....selamba je seperti lakonannya dalam Pirates of Caribbean.

Kisah tentang seorang peguam yang dalam perjalanan ke Colby Texas menaiki keretapi. Bertemu dengan Tonto dan Butch, maka bermulalah aksi-aksi lucu dan mendebarkan. Agak sukar untuk kakpb ceritakan dengan lebih detail kerana berbelit sedikit jalan ceritanya.

Penyebab Lone Ranger memakai topengnya adalah kerana di saran oleh Tonto, agar melindungi diri John yang telah dianggap mati oleh pihak Cavendish. John dan Tonto punya tujuan yang sama iaitu membalas dendam terhadap mereka yang telah membunuh abang John. Tonto punya kisah silam yang pahit ketika kecil kerana dia telah dibuang oleh puaknya. Punca dia jadi begitu......kenalah tengok ye..Winking smiley Ok, cukup sampai sini.

Esok kita akan menjalani ibadah puasa. Kakpb ambil kesempatan mohon maaf sempena Ramadhan yang mulia ini, sekiranya kakpb tersilap tulis, tersalah komen pada teman2 blogger sekalian. Mudah2an Ramadhan kali ini menjadikan diri kita lebih baik, lebih sabar, lebih amalan, lebih takwa dan seribu kebaikan untuk umat Islam sedunia.

Man of Steel



Review: Man of Steel

Korang dah tengok? Kakpb tak plan dan tak minat cerita macam ni, ye laa....bukan standard kita yang dah otai ni. Tapi anak bujang kakpb yang soksek dengan ayah dia, nak sangat tengok. Sudahnya dia orang senyap2 booking tiket online, show pukul 12 tengahari, sabtu lepas. Terpaksalah pergi.....

Kalau dah P13 tu memang ceritanya sesuai untuk kanak-kanak. Mata kakpb ni boleh kan terpejam masa dalam panggong. Cerita fantasi rekaan begini bukan pilihan kakpb. Aziz bisik, ibu...heronya handsome kan? Tapi bila dah pakai baju superman tu, dah tak handsome pada kakpb...haha...ntah kenapa. Agaknya kena pakai underwear kat luar kot baru nampak handsome. Ish...mengarut je kan?

Mungkin kalau kurangkan fantasi di dunia lain selain daripada bumi, akan lebih menarik. Tapi...rekaan beginilah yang orang suka agaknya.

nota kakpb: layan je kehendak anak walau tak minat

Vehicle 19, Olympus has Fallen dan Fast & Furious 6

Kakpb dah tengok kat panggung cerita ni semua. Kekadang bila takde apa aktiviti, inilah kerja kami, menonton setiap kali ada cerita baru. Mana yang anak bujang tak boleh tengok, kena tunggu dia pergi rumah opah dia, baru kami pergi menonton.

Vehicle 19 ni P13, tengok sama-sama dengan anak. Cerita agak slow, naik mengantok kakpb. Biasalah kalau cerita P13 dah boleh agak dah. Kakpb copy paste sinopsis dia sikit ni.

Seorang banduan Michael Woods (Paul Walker) memecah parol, melarikan diri ke Johannesburg untuk bertemu dengan teman wanita beliau, diberikan kunci kereta yang salah di lapangan terbang, mendapati pistol di bawah tempat duduk. Terkejut kerana ada seorang gadis diculik terikat di dalam but. Michael mendapati dirinya terperangkap dalam konspirasi politik Afrika Selatan. Sebelum kematian gadis itu, Michael telah diminta supaya menyampaikan message oleh gadis kepada hakim yang mengendalikan kes itu.

Olympus has Fallen pula lepas seminggu keluar rasanya kakpb tengok. Memang best yang amat sangat cerita ni. Terbuntang mata tengok hero sorang lawan dengan berpuluh tentera, macam tak logik pun ada. Dah namanya cerita, mestilah hero yang menang. Kisah Mike Banning yang bertugas sebagai pengawal peribadi Presiden Amerika. Seorang yang cekap dan amanah menggunakan kemahirannya membunuh satu persatu pemberontak Korea (kalau tak silap la ye, kakpb pun banyak tengok wayang, boleh lupa) Cerita ni kena tengok dengan wajah serious sikit....hehe..

Terbaru ni kakpb tengok Fast n Furious 6. Terus terang kakpb tak minat cerita2 race macam ni. Pening kepala bunyi enjin kereta...weng sana...weng sini....Cuma yang seronoknya agak lawak sikit si negro sengal tu, teman pada Hobbs dan Brian. Kisah mencari balik kekasihnya yang dianggap telah mati, tetapi tidak. Letty hanya hilang ingatan kerana letupan kereta pada episod yang lalu. Orang bujang sesuai la tengok kisah ni. Kakpb hampir tersenggok juga sebab mata mengantok telan ubat sebelum pergi panggung.

Ok, jumpa lagi. Nanti kakpb jalan blog korang ye. Esok ada hal sikit, anak bujang kakpb nak bercamping atas kapal katanya selama 3 hari. Susah hati juga ni.....

G.I JOE lepas berpisah seminggu

Lupa nak cerita, lepas ambil cikgu fahmi kat airport minggu lepas kita orang terus terjah panggung. Merempit dengan kereta merah kakpb tu (rempit la sangaaat setakat bawa 80kmsj...haha..lama gila tak drive)Family Road Trip) Serius, sejak kat Sabah ni kakpb dah gantung lesen. Bila mula drive, nak keluar masuk kereta dari garaj rumah tu rasa berputar kepala ni 360 darjah kau!! Tengok cermin depan, kiri kanan, tak puas hati jengah kepala pulak....haha...kalau makeup tebal seinci memang tipis jadinya sebab peluh jantan betina bagai keluar.

Ok la....driver dah ada ni, gantung balik lesen. Tunggu dia outstation mana lagi nanti baru turunkan. Kakpb jenis menggelabah kalau drive area berbukit, waktu hujan dan malam. MemangFeel the heat  orang belakang jawabnya....


 
Cerita ni kalau korang dah tengok yang pertama memang la faham. Macam kakpb ni tercengang2, siapa yang berserkup hitam, siapa yang macam rupa Korea, siapa perempuan tu....ish..memang tak faham betul. Cuma nak bagitahu ler, cerita ni memang best. Rasanya dah kali keberapa kakpb tengok si The Rock ni kat filem. Dulu2 selalu layan WWF (dulu ler...zaman bujang, dah ada anak ni tak layan langsong) kakpb memang minat The Rock ni. Tengok la body dia...huhu...tinggi gila orangnya (macam dah pernah jumpa?)

Nak cerita lebih pun, berbelit-belit. Tak rugi kalau korang pergi tengok. Bawa anak-anak sedara pun boleh. Ada tu kakpb tengok parent bawa masuk kereta sorong anak, lena dia tidur walaupun duduk kat depan.

Ok bye.....assalammualaikum.

Wayang - Snitch

Jumaat malam lepas kakpb sekeluarga menonton lagi. Kadang-kadang boring juga asyik tengok wayang ni terutama anak bujang tu. Disebabkan dia tak dapat pergi klinik bola (sebab patah tangan tu) bawa dia tengok cerita yang sesuai P13.

Kakpb bayangkan cerita ni mesti sedikit ganas, ada pukul bantai bagai.....rupanya agak slow jalan ceritanya. The Rock berlakon relax je, paling ganas pun dia bawa truck berisi dadah. Kisah bermula bila anak bujangnya yang naif, baik hati sanggup menolong kawan baiknya terima satu bungkusan, yang dia tidak tahu isi kandungan. Itu kakpb ingatkan anak kakpb, berkawan ada batasnya. Jangan percaya seratus peratus sekali pun kawan baik.

Bila dah kena tangkap, siasat, anak The Rock (ala..lupa nama wataknya) tidak bersalahPrisoner tetapi dia tidak dapat buktikan. Maka ayahnya yang kena berusaha menjebakkan diri dalam kegiatan pengedaran dadah.

Satu yang kakpb terkilan, pengedar dadah itu digambarkan seorang Muslim kulit hitam (kalau tak silap sebab dia sepanjang masa pegang tasbih) Mungkin secara sengaja atau tidak.

Apa pun, cerita ni agak slowSmiley is sleepy. Sesuailah untuk anak-anak remaja menontonnya sebagai pengajaran. Kalau dah duduk lokap atau penjara, faham2 la.....mata lebam, mulut berjahit. Mungkin penjara kita tidak sebegitu?

nota kakpb: cuaca panas betul sekarang kan? Hypnotized!

Jack The Giant Slayer

Assalammualaikum, bermula isnin lagi.....cepatnya masa berlalu. Tak cukup cuti 2 hari sabtu ahad. Dah kat rumah pun masih nak cuti tu, adalah maknanya kan? Kalau boleh nak cuti masak hari-hari, nak cuti basuh baju, nak cuti gosok baju, nak cuti-cuti Malaysia lah!!

Semalam cikgu fahmi bawa pergi tengok wayang lagi. Macam biasa dia tu, tak cakap awal-awal, bini sedap-sedap landing depan tv, dia dah siap mandi dan tukar baju. Kita juga yang kelam kabut nak siap.



Jack The Giant Slayer.....cerita ni paling kakpb suka. Oh...mungkin ramai yang tak tahu, kakpb suka cerita dongeng yang tak terjangkau dek akal. Cerita macam ni memang tak buat kakpb mengantok, HD pula tu (walau tak suka) Kisah tentang Jack, seorang anak peladang menyelamatkan puteri raja yang di tawan oleh gergasi di dunia atas langit. Pengembaraan di atas langit inilah yang paling seronok kakpb rasa. Dunia gergasi yang suka makan daging manusia. Mereka hanya takut kepada satu sahaja dan itulah yang menjadi rebutan. Apa yang mereka takutkan tu? Baik pergi tengok sendiri, susah nak cerita, berbelit2.

Ok, terlanjur dah update ni nak kongsi juga beberapa minggu lepas kakpb buat kek ni. Sesaja buat. Sedap dan lembut. Sepatutnya kakpb potong lagi kek tu menjadi 3 lapis tapi sebab malas dan takut kek makin pecah (sebab kakpb keluarkan ketika panas).


Resipi daripada skyblue. Bolehlah tengok kat sana, macam-macam adaaaaa....

The Impossible

Kakpb lupa nak update cerita The Impossible...layan anak bujang kakpb masa cuti chinese new year lepas. Takkan ibu dengan ayah je menonton, kesian pula kat dia. Beberapa hari cuti dia dihabiskan kat rumah opahnya. Bila dapat sehari bersama, kami plan tengok wayang dan makan-makan. Itu saja yang dapat kami penuhi. Nak cuti jauh-jauh sekitar Sabah ni kena fikir sepuluh kali, samada sanggup tak encik suami memandu berjam-jam samada ke Kudat, Labuan atau kemana2. Fikir2 balik, bagus lepak di rumah saja.

Kisah benar tsunami yang berlaku beberapa tahun dahulu di filemkan. Tentang Doktor Maria, suaminya Henry dan tiga orang anak mereka yang terpisah ketika tsunami melanda. Ketika itu mereka bercuti sempena Krismas di sebuah pulau di Thailand. Bayangkan......laut yang terbentang luas tiba2 menerjah ke pantai, menghentam cermin hotel, pokok2 tumbang dan sebagainya. Nasib baik dalam cerita tu mereka pandai berenang. Walau dihanyutkan air deras, masih kuat semangat berpaut pada apa saja yang lalu depan mata.

Masa tengok cerita ni, kakpb membayangkan kakpb berada pada situasi mereka. Macam mana la nak berenang? Masuk dalam air paras dada pun dah menggelabah, itu dalam swimming pool. Belum lagi dalam paya ke.....dalam sungai ke...pengsan!!

Kisah mereka ni yang terpisah 5 beranak, amat mengharukan. Air mata bergenang, sebak sepanjang masa. Tengok anak-anak kecil yang ketakutan, buat kakpb risau seandainya berlaku dalam keluarga kami. Apa2 pun yang berlaku telah di takdirkan. Sebagai hambaNya, kita hanya mampu merancang dan berdoa moga di jauhkan dari segala bencana. Ajal maut ketentuanNya.

Kisah benar mereka yang di filemkan ini memang jika di fikirkan kembali, memandang pada kejadian tsunami itu, seolah mustahil mereka dapat jumpa semula. Tapi....itulah yang berlaku. Di penghujung cerita mereka bersatu setelah mengalami keperitan, kesedihan, dugaan dan sebagainya. Senang cerita....tengok sendirilah.


BULLET to the HEAD

Semalam tak plan nak tengok wayang lagi sebenarnya. Plan cari cadar dan langsir untuk bilik si bujang kecik tu, bila lalu kat depan pawagam, rasa ditarik2 tengok wayang lagi. Kebetulan cikgu fahmi nak sangat tengok cerita ni. Ni filem action ganas ni, jangan bawa anak tau (18sx)

Agak keliru juga cerita ni pada awalnya. Sylvester Stallone style dia slow and steady, suara garau kedalam, mata kuyu poyo jek!! Dia orang ni walau dah tua, tetap watak hero dalam filem. Perut tak boroi...hehe...time scene buka baju, tang tu ler kita tengok dulu. Ish...jangan fikir lain pulak. Iya la...majoriti orang kita perut memboyot je kan?

Kisah ni tentang pembunuh upahan Jimmy Bobo dan detektif Taylor Kwon yang berkerjasama mencari penjenayah yang dikehendaki. Kebetulan pula dia telah membunuh sahabat karib Jimmy satu ketika dulu. Bayangkan bagaimana dua orang yang berbeza kerjaya dan pendapat cuba bersatu dengan tujuan yang sama.



Soal ganas jangan cakaplah....memang tembus kepala je tembakannya. Dah nama tajuk filem pun Bullet to the Head kan? Rasa ngilu pedih sepanjang tengok cerita ni.....huhu....kalau tak suka ganas, tak payah pergi tengok tau. Kakpb bukan suka sangat tapi dah takde nak bercuti kemana-mana, layan je wayang tiap minggu.

nota kakpb: ingat nak update masak2, tapi bagi laluan wayang dulu ler...kang lupa pulak.

A Good Day to Die Hard

Asal ajak tengok wayang je, mesti mengejut nak pergi. Bayangkan pukul 10.30 am cikgu fahmi tetiba suruh siap, kita tengok Die Hard pukul 11.50. Masa tu bini dia tak mandi lagi, faham-faham je la orang perempuan kalau nak bersiap, mana cukup setengah jam kan?

Gosok baju, gosok tudung (style kakpb memang tak suka gosok awal-awal), mandi dan make up mau setengah jam. Itu yang main rembat je t-shirt dan tudung. Kalau tudung segera ok la, sauk kepala dah selesai. Tapi kalau tudung bawal ke......memang terkial-kial jawabnya. Lepas tu bila dah booking tiket online, tak pergi nanti rugi pula. Duit dah bayar, orangnya takde, kan membazir tu.

Mula la kakpb nak membebel, lain kali kalau nak ajak dating tu, signal awal satu jam. Bila dah lambat, bawa kereta macam pelumba F1, jalanraya dia yang punya. Siapa yang slow tapi ambil line kanan, memang kena sound (dalam kereta je, tak berani nak buka tingkap pun). Tapi tadi (hari sabtu) kami sampai tepat pukul 11.50 am. Kebetulan kereta tak banyak macam biasa. Parking pun senang dapat. Terus ambil tiket dan kejar ke panggung. Dah agak dah, baru iklan. Termengah2 juga kakpb.


Cerita A Good Day to Die Hard ni dari awal sampai akhir, accident sepanjang masa. Entah berapa banyak kenderaan yang jahanam dalam masa shooting tu agaknya. Memang tak berkelip mata tengok Bruce Willis dan anaknya tu. Asal tujuannya nak jumpa anak, lain pula jadinya bila dah terbabit dengan masalah.

Baik pergi tengok kat panggong, korang mesti tak rugi bayar tiket (macam nak galakkan orang tengok cerita org putih pulak kakpb ni) Betul kakpb kadang anti matsaleh ni. Tapi kalau wayang setakat hiburan je, nak menyangjung sesangat tu, tidak le! Kenyataan filem mereka lebih baik dari filem kita tak dapat di sangkal. Bagaimanapun kakpb lebih bangga dengan pelakon filem negara kita sendiri.

Hansel And Gretel



Petang semalam kakpb dan cikgu fahmi tengok wayang lagi. Takde aktiviti lain kami ni selain daripada wayang dan wayang. Bila si bujang kecil takde, kami tengok cerita yang bawah 18sx. Anak kakpb ni dari kecil lagi kakpb tak biasakan dia dengan cerita tv, video atau wayang yang ada unsur ganas. Itu sebab dia jadi manja dan mudah menitis airmata.....hehe...alasan....sebenarnya cengeng!!

Ok, cerita Hansel and Gretel ni agak ganas. Maklumlah, ahli sihir menentang dua beradik yang berani kerana pengalaman mereka dari kecil yang telah di sorok oleh ayah mereka dalam hutan. Ibu dan bapa dua beradik ini di fitnah oleh ahli sihir jahat, mereka di gantung dan di bakar oleh penduduk kampung. Dua beradik ini membesar jadi orang yang berani dan bertugas menghapuskan ahli sihir yang menculik kanak-kanak pada setiap bulan untuk dijadikan korban.

Watak Edward paling kakpb suka. Dia menjadi hamba kepada ahli sihir tetapi hatinya baik. Tidak suka melihat wanita di sakiti. Walaupun berwajah hodoh, kebaikkannya menyentuh hati....haha...memang tak hensem langsong.

Jadi, sesiapa yang suka cerita rekaan macam ni, pergilah menonton ye. Sekadar hiburan, kalau ada pengajarannya pun cuma......yang jahat akan terima pembalasannya, itu saja. Selamat berhari minggu semua!!

PARKER terbaik!!


Apa aktiviti teman-teman kakpb semalam eh? Kakpb dua hari sabtu dan ahad cuma mengukur shopping komplek je. Belinya tak seberapa, tengok-tengok je lebih :)

Alhamdulillah, berkat doa kawan-kawan dan keluarga, ketegangan yang melanda agak berkurangan walau hati masih pedih dan sakit. Allah saja yang tahu. Kakpb dan cikgu fahmi tengok Parker semalam. Best sangat cerita ni, asyik tersentak-sentak kakpb dibuatnya kerana terkejut. Sampai couple kat sebelah pun gelakkan.

Jason Statham ni berlakon mesti botak kan? Filem pun kebanyakkananya cerita yang action dan serius. Sebenarnya kakpb taktau pun si Jennifer Lopez tu ada berlakon. Maklumlah....orang ajak tengok dalam mengejut je, tak ready pun hari tu. Mulanya cikgu fahmi terpengaruh dengan cakap2 adik dia, katanya cerita ni menarik tapi dia belum ada masa nak tengok.


Mula cerita, langsong tak nampak rupa Parker masa dia jadi Paderi. Bijak betul dia orang ni make up.

Ok, cerita banyak pun tak guna, baik pergi panggung sendiri tengok. Bateri laptop nak abis ni, bye!!

TOM CRUISE, JACK REACHER terbaik!

Selamat menyambut Hari Natal pada mereka yang meraikannya hari ni dan semalam. Salah ke kalau kita ucap begitu? Minta maaf la....

Hari ni kakpb masak kari ayam, ikan goreng dan sambal tempoyak saja. Cepat2 masak sebab dari semalam lagi kakpb nak tengok wayang cerita Jack Reacher. Cikgu fahmi nak tengok Jackie Chan tapi kakpb tak minat cerita cina. Pening kepala la kalau tengok silat cina ni, letih rasanya.

Jack Reacher ni......dah la handsome, macho (walaupun dah berusia), cerita pun menarik. Kisah penembak tepat atau sharp shooter ni mulanya agak confius.Confius siapa yang patut di salahkan, adakah si penembak, si pegawai polis, ayah si peguam dan si gelandangan itu (Tom). Diselang seli dengan lawak selamba dan dialog yang simple.

Baik korang pergi tengok sendiri. Cerita omputeh tak jemu kita tengok. Bukan la nak mengangkat filem luar terbaik tapi itulah kenyataannya. Sebenarnya kan......lama juga kakpb boikot filem luar ni hinggakan kat tv pun kakpb tak minat nak tengok. Kakpb agak anti dengan bangsa asing, tak taulah kenapa.


The Hobbit di Alamanda

Assalammualaikum semua........

Minta maaf ye kerana kakpb asyik kesana kemari, tak sempat nak blog walking setiap blog. Sekarang kakpb dah di KL, tak lama lagi nak balik Sabah. Tinggal uruskan benda yang kecil2 aje lepas ni. Dah rindu sangat dengan rumah sana.....



Semalam kakpb dan cikgu fahmi bawa anak tengok wayang setelah meninggalkan dia dua hari di rumah anak saudara. Kakpb balik Kelantan temankan cikgu fahmi hantar parent dia dengan kereta. Balik KL naik bas Sunni Ekspress yang dua tingkat tu. Mulanya nak naik keretapi, tapi tiket habis hingga 23hb nanti. Nasib baik ada bas, kalau tak......meraung la tinggal anak di kl, ibu ayah di Kelantan:

Ok.....cerita The Hobbit ni agak boring masa awalnya. Sampaikan cikgu fahmi boleh tertidur, kakpb pun dah menguap2. Panjang sangat dialog sorang2 tu dan susah betul kakpb nak ingat nama2 watak. Bila dah pertengahan cerita, barulah seronok. Kalau tengok 3D lagi best kot, kakpb tengok yang biasa je.

Baik korang pergi tengok sendiri....sesuai untuk anak-anak yang minat dengan Lord of the Ring, kakpb tak minat cerita rekaan macam ni. Tengok pun sebab cikgu fahmi ajak...

Wayang : TaKen 2 dan SKYFall

Assalammualaikum semua, maaf kakpb tak sempat update beberapa hari ni. Agak sibuk dengan tempahan karipap frozen dan kakak sekeluarga pula datang mengikut abang ipar yang outstation di Tawau. Sebelum balik semalam (khamis) mereka bermalam di LeMeridien Hotel.

Kakpb tengok wayang khamis petang hari tu. Skyfall, cerita james bond ni kami tengok di Suria Sabah adalah tayangan hari pertama. Ingatkan orang tak ramai, rupanya hampir penuh juga seat tu. Cikgu Fahmi beli tiket online, terkejar-kejar dia balik sekolah terus masuk panggung. Kakpb dah siap2 tunggu di sana dengan anak bujang. Mulanya hati tak berapa minat nak tengok tapi ikutkan juga. Biasalah orang lelaki memang minat cerita macam ni.

Tapi bila starting dia pun dah suspen, menarik, lagu best......mata kakpb pun naik bolat!! Hingga akhir cerita kakpb rasa macam tak puas tengok. Kakpb suka dialog dalam cerita ni. Ada lucu dalam keseriusannya.

Korang kena pergi tengok!!

Taken 2, kakpb tengok beberapa minggu lepas. Lupa nak update. Kisah yang agak menarik walau dah banyak cerita tentang penculikan. Ahh...lupa la pulak. Mungkin sebab banyak sangat peritiwa berlaku dalam kepala otak ni.....:)

HanTU kapCai

Assalammualaikum kawan-kawan yang di kasihi......ewah...macam tulis surat cinta pulak. Buat apa tu hari minggu macam ni? Kakpb bangun awal pagi sebab kebetulan sakit perut, terus solat kemudian lepas buat sikit 'amalan', on laptop sementara tunggu subuh.

Nak cerita ni semalam kan kakpb tengok wayang Hantu Kapcai. Best la ceritanya, tak bosan, asyik nak ketawa je. Orang tak ramai dalam panggung masa tu mungkin sebab cerita ni dah tayang daripada minggu-minggu lepas. Kakpb tak boleh tengok kalau anak bujang ada sebab 18sx. Heran juga kenapa 18sx, rupanya ada adegan yang tak sesuai untuk anak-anak. Adalah dialog yang agak 'nakal' dalam cerita tu. Tapi.....kalau dah tayang kat tv nanti, bebudak ni akan tengok juga kan?

Jalan cerita Hantu Kapcai ni simple je, disebabkan lakonan mantop setiap pelakon tu yang membuatkan cerita ni menarik. Terutama artis kesayangan kakpb la.....si Zizang tu....Remy Ishak...Fizz Fairuz dan lain-lain lagi. Kiranya dari awal hingga akhir tak menjemukan, tak kering gusi. Siapa yang stress kerja office, banyak masalah dalam kepala otak.....elok pergi tengok cerita ni (wah promote pulak, bukan dapat komisyen pun)

Jumpa lagi nanti ye......dan terima kasih yang sudi komen kat blog kakpb. Kakpb tak reply komen tapi kakpb pergi blog korang bila free. Lepas ni nak ke Gaya Street, saja jalan-jalan cari kerosang.

The Expendables 2

Minggu lepas kakpb tengok cerita ni. Sebelum ni ada sarankan pada cikgu fahmi tapi dia tolak, katanya Hero dah tua, taknak tengok. Tapi bila adik dia kata best, barulah terhegeh2 nak tengok. Macam biasa, kita orang kalau tengok wayang, sampai sana......semput akak tau! terkejar-kejar masa...

Cerita omputeh macam biasa ler.....tembak-tembak, gadoh gedebak gedebuk.....kejar mengejar...kakpb pun tak berapa concentrate sangat sebab bagi kakpb cerita ni tidak serius. Ada lawak dalam berperang tu...

Cuma bestnya ramai artis jemputan popular dalam filem ni. Mau tau?? kena tengok sendiri......bye!!


nota kakpb: lepas ni entry kakpb simple2 saja

Seram Sejuk...Cold Light Of Day

Hari Sabtu......anak bujang takde, hantar rumah opah dia, dah rindu sangat dengan anak opah agaknya. Sejak puasa hingga raya, sebulan lebih tak jumpa. Ibu dengan ayah berdondang sayang........tengok wayang.

Sampai je rumah (sekolah ganti semalam) terus ajak tengok wayang. Suka tau ajak kita mengejut gitu. Terus booking online, cerita Cold Light Of Day. Senang....sampai terus ambil tiket dan masuk dah ada tempat. Kali ni sebab kejar masa dari rumah pukul 4.10 pm, wayang start 4.30 pm, takde beli popcorn atau minuman. Macam ribut cikgu fahmi bawa kereta, sampai panggung cerita dah mula sikit, mungkin dalam 5 minit gitu.


Best cerita ni, tak rugi pergi tengok. Dari mula start hingga habis, bergerak pantas dan tidak menjemukan langsong. Cuma frustnya Bruce Willis yang jadi bapa kepada Will (nama dalam filem) sekejap je wataknya. Kakpb ingatkan dia heronya.....kakpb minat sangat dengan dia. Kisah berkisar tentang Will yang berusaha menyelamatkan keluarganya yang di culik ketika bercuti di Spain. Selebihnya kena tengok sendiri....:)

Seram Sejuk tu pula kakpb tengok di Alamanda tempohari. Pergi bertiga dengan anak saudara yang kat UITM. Kesian dia, cuti-cuti memerap je kat rumah. Ceritanya lawak biasa-biasa je, lawak orang Melayu. Kakpb rasa kekadang over, kekadang ok. Cuma seramnya tu ada terasa bila keluar watak si hantu perempuan tu. Ada jugalah yang tutup muka ketakutan........

Sekian....selamat menonton.


Gambar kakpb snap ketika melalui Tanjung Lipat, hujan hampir turun dan kelihatan ada awan seolah jatuh di hujung sana (nampak tak putih2 kat bukit tu?)



Pagi yang gelap semalam, rasa langit seperti nak merangkum bumi. Sepanjang jalan snap gambar.