my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Percutian tak dirancang, Mesilau Dream World Resort

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Rasa lama sangat tak update blog. Sibuk layan kakak yang datang bercuti tiga beranak. Bukan sibuk dia minta dilayan tapi pb dan suami sibuk ulang alik kehotel tempat dia menginap. Mula2 di Promenade, lepas satu malam abang ipar nak cuba pula tidur di Dream World Resort, Kundasang. Kaki gunung Kinabalu yang cantik dan sejuk teramat sangat diwaktu malam dan pagi.

Kami yang takde dalam rancangan percutian mereka pun, terbabit sama. Mulanya dia hanya ajak2 ayam je tapi bila dah siap booking bilik, lepas balik dari sekolah, hubby terus siap2 nak bertolak. Risau juga kalau lambat2, takut sampai sana dah gelap. Lampu jalan takde, tempat pula tak pernah pergi.

Suasana jalan masuk ke Dream World Resort yang gelap buatkan kami terlajak hingga masuk ke Kampung Masilau. Akhirnya tiba juga kedestinasinya........nun di atas bukit yang tinggi rumah/bilik yang ditempah. Cadangnya nak bilik sebelah2, dapatlah kami dua beradik berchit chat, tapi hampa. Sudahlah mahal, RM300, bilik pula terpisah jauh sedikit.

Dari rumah pb cuma bawa roti keping, sardin yang dimasak, butter, kaya, maggi cup dan sebotol dua air. Tak sempat nak masak yang berat sebab pergi pun mengejut. Kalau sampai awal mesti cantik pemandangan kat situ sebelah petang. Belakang resort gunung Kinabalu tersergam indah dan dibawahya kawasan penternakan lembu susu.



Pemandangan dari bilik kami, waktu pagi yang nyaman, takde suara deruman kereta.....

 Rasa macam dah dekat sangat dengan gunung Kinabalu........dekat tapi jauh.....camne tu?


Abang ipar pb yang busy dengan I-pad, kehulu kehilir dia kelek.......


akan bersambung........
mata mengantuk yang amat sangat tapi tak boleh lelap juga......


7 ulasan:

  1. Sy dah lama mengidamkan percutian yg tenang mcm nie. Tgk gambar je pun, aduhh!

    BalasPadam
  2. cantikkan kak tpt ni..ari tu kami p bergambar jer..x tido pun..sewa mahal sgt...tp puas ati la klu tdo pun kan...

    BalasPadam
  3. Cantiknya pemandangan kat sana... Tengok gambar pun rasa tenang dan dingin... rasa cam nak pegi jgk satu hari nanti... leh la nurul mintak K Zana jadik pemandu pelancong... hehe ;)

    BalasPadam
  4. Fara....sekali sekala bercuti diSabah pasti seronok.

    BalasPadam
  5. Min....mmg menenangkan kepala pergi sini, tdo pun tak sedar diri, pengsan.

    BalasPadam
  6. Nurul, insyaAllah, kalau akak takde pun boleh pergi sendiri juga. Sini bnyk package yg murah.

    BalasPadam
  7. hye kak zana,

    zura sakan gak google psl dream world resort nih. Tmpt tu nmpk cantik sgt.. berdasarkan pengalaman akak stay kt sana, memandangkan jarak satu2 bilik tu agak jauh, so ada perasaan seram tk masa stay kt situ..?

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)