Assalammualaikum.
Lama betul kakpb tak sempat update blog. Foto dah dalam draf tapi tak bertulis. Bila dah karang, publish....pun tak sempat baca balik. Bagaimana pun kakpb nak berterima kasih jugalah pada yang sudi komen dan rajin berkunjung kesini. Blog ni kisah biasa2 je. Takde cerita hot artis, takde kritikan pasal negara, pemimpin dan sebagainya. Kakpb tak berani nak tulis perkara yang luar dari bidang kakpb. Lebih baik jadi diri sendiri, betul tak?
3hb Mei 2014 kakpb menghadiri majlis penyampaian sijil cemerlang 8A 2013 anak bujang kakpb tu. Sambutan yang simple cuma terlalu panas bila pada awalnya tiada disediakan kipas.
Nak menunggu majlis selesai, ketibaan wakil YB tu yang siksa rasanya.
Lepas ambil sijil terus hantar dia rumah opahnya. Ahad 4hb Mei, majlis harijadi anak opah pula.
Terus terang disini, anak bujang kakpb kerap tak datang kelas agama ketika ambil ujian ni. Dia memang malas nak pergi kalau cikgu/ustazah selalu takde dan tak belajar. Jadi dia akan pergi kalau dapat berita dari kawan bila ada ujian atau hal2 penting.
Masa ujian, memang dia study belah malamnya. Mana yang tak faham, cikgu fahmi ada. Alhamdulillah, keputusan ujian membanggakan, 8A. Ustazah perli juga, orang yang datang hari2 kesekolah pun tak dapat 8A, yang kejap ada kejap takde ni boleh dapat 8A.....haha.....rezeki ustazah ....
Ok setakat ini dulu kisah anak. Nanti ada yang cebik bibir pulak!!
nota kakpb: rezeki Allah bagi bukan saja drp wang ringgit dan kemewahan tapi dari kecerdikkan,
Tahniah buat kak pb dan anak bujangnya juga..:)
BalasPadamTAHNIAH!!
BalasPadamAlhamdulillah, tahniah buat kak PB dan permata hati, semoga terus maju jaya...
BalasPadamtahniah buat anak bujang akak
BalasPadamKecerdikan adalah satu anugerah dari Allah.. syukur Aziz dianugerahkan kelebihan itu..
BalasPadamTahniah ya Aziz!!
Tahniah
BalasPadam