my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Udang Goreng Bawang Putih

 

Udang oh udang....ni la yang buat kakpb naik gegata. Asal makan je, mulalah bintat2 keluar. Takkan nak tengok je? Rugi pulak......
Sebenarnya beli udang besar2 ni selalu masak untuk sibujang kakpb tu. Dia kurang makan ikan dan ayam. Makanan laut kesukaan dia....sotong....udang....ketam...kerang...huhu...semuanya menggatalkan kakpb.

Kadang tu naik buntu nak masak apa. Pelik2 kang tak makan. Jadi kakpb masak yang paling simple, udang goreng bawang putih. Tak makan bawang, lantak ko la nak!! Tapi dipujinya masakan ibu yang simple kali ni....hehe....senang kojer ibu.

Kakpb copy paste dari blog MatGebu 

UDANG GORENG BAWANG PUTIH
@blogsurirumah
sumber : MatGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang bersaiz besar
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Secubit gula
Sedikit serbuk lada sulah
4 ulas bawang putih, dadu kecil2
1/2 camca besar mentega
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, kerat janggut, muncung dan kaki2 kecil, buang kotoran di kepala udang tadi, cuci dan toskan, lap kering2 dengan paper towel. Kemudian, lumur dengan serbuk kunyit, garam secukup rasa, serbuk lada sulah, secubit gula dan cincangan bawang putih. Gaul rata dan perap 15 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan mentega dan bila mentega cair, masukkan udang, juga bawang putih cincang. Goreng hingga udang kemerehan dan bawang putih menjadi garing.
  3. Angkat udang tadi dan toskan atas paper towel bersih, begitu juga dengan bawang putih garing tadi. Susun udang dalam pinggan dan tabur bawang putih atasnyaa

11 ulasan:

  1. udang goreng memang sedap dan menyelerakan...

    BalasPadam
  2. udang goreng gitu2 aje pun sodap bahhh!!

    BalasPadam
  3. waduhhh boleh makan nasi 2-3 pinggan ni kak pb..kalau dapat lauk macam ni!!!

    BalasPadam
  4. salam kak pb..

    nilah menu simple tapi sangat membuka selera..sedap tu..

    BalasPadam
  5. Sedap ini. Boleh nak cuba juga masak udang ini.

    BalasPadam
  6. Udang goreng memang sedap..wangi baunya..

    BalasPadam
  7. kak..saya pun kuat alahannya..
    pil sentiasa dalam handbag..
    alhamdulillah, sejak tinggikan dos Vit C, nampaklah kesannya..

    BalasPadam
  8. assalam kak pb....aroma bawang putih la ni...suka,suka

    BalasPadam
  9. assalamualaikum zana...sedapnya tengok udang tu...:)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)