my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Muffin Coklat Chip

  Musim hujan kan sekarang ni? di KK boleh katakan hari-hari hujan. Kadang sempat kering baju sekejap, tengahari sampai malam hujan pun turun. Siap dengan petir dan guruh. Selama tinggal disini, jarang kakpb tengok petir dan guruh bandingkan di Selangor.

Sebenarnya dah beberapa kali kakpb buat muffin coklat chip ni. Hari guru tempohari anak kakpb nak bawa makanan untuk jamuan sekolahnya. Hadiah dah beli, kuih mesti bawa katanya. Fikirkan sebab ini tahun terakhir dia disekolah rendah, kakpb buatlah special sikit. Rasanya ada buat sebelum ni tapi malas nak cari, so kakpb copy paste lagi dari blog Dr. Inahar. Terima kasih juga pada empunya resipi asal....


MUFFIN COKLAT CHIP
@blogsurirumah
sumber copy : Inahar's Cooking Time

Bahan:-

1 3/4 cawan tepung gandum 
1/4 cawan serbuk koko
*kakpb guna chocolate powder
1 cawan gula perang

1 sk baking powder

1 sk soda bikarbonat 
1/2 sk garam
 
1 cawan fresh milk
 
1 biji telor - pukul sikit
 
1/3 cawan minyak@ butter yg dicairkan

1 sk esen vanila
 
choc chips secukupnya


Cara :-

Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
Masukkan choc chips.
Sudukan ke dalam muffin cup dan tabur sedikit coklat cip diatasnye dan bakar selama 20 minit @ hingga masak.

tips- untuk memastikan kejadian muffin yg gebu & moist, pastikan kacau campuran bhn kering & basah hanya sebentar sekadar rata jek menggunakan senduk kayu (kalau kacau lama ia akan manyebabkan hasil muffin yg kering & keras) isikan adunan 3/4 penuh ke dalam cup muffin semasa membakar utk menhasilkan muffin yg kembang montoks naiknya ok..

muffin kakpb tak naik macam kat blog Inahar sebab kakpb guna acuan tart sebagai lapiknya...tapi kira oklah tu kan? 

6 ulasan:

  1. Salam kak pb, mesti gembira cikgu ngan kawan2 anak bujang akak dpt mkn mapin nih..

    BalasPadam
  2. Assalam kak pb..
    Coklat chips muffin macam ginilah
    Memang laku kalau kat rumah kita.. Maklum ler coklat kan.. Apa2 coklat tak tolak punya..

    BalasPadam
  3. tiba tiba rasa cam lapar jer tengok muffin tu kak PB, rasa nak terkam jer...hew hew hew...

    BalasPadam
  4. salam kak pb salam singgah dah lama x manyinggah ni huhuuu.. kalo muffin coklat memang kegemaran tak kira tua muda hiii ..lama dah tak memuffin ni

    BalasPadam
  5. sedapnya kak..
    dah lama ida tak buat kek.rindu pulak rasanya...

    BalasPadam
  6. kalau nak memutar tu tak boleh lama2 kan? nanti bantat. wuwuwu

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)