my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Bubur sumsum

Bubur sumsum adalah kuih favourite kakpb satu ketika dulu. Arwah tok selalu buat, dengan sirap gula putih, kadang letakkan warna merah. Bau daun pandannya yang menyelerakan. Tapi kakpb buat takde daun pandan. Guna paste pandan je.

Mulanya nak buat manisan seperti pengat tapi bila teringatkan banyak bahan takde, baik buat sumsum. Bahannya mudah, cara masak pun mudah. Cuma zaman sekarang ni dah banyak diubah suai masakannya. Dulu guna tepung beras dan santan je.

Minta izin share disini ye CT.....terima kasih banyak kerana famili kakpb suka sangat versi CT ni..


Sedap sangat kot sampai anak bujang kakpb dan ayahnya asyik ulang-ulang makan. Kena pula disimpan dalam peti sejuk.

BUBUR SUMSUM
@blogsurirumah
sumber: CTdelima 

Bahan-bahan :
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
300 ml santan Pekat
500 ml air
1 cawan susu cair
1/2 sudu kecil garam halus
7 helai daun pandan - perah ambil jusnya
Sedikit pewarna hijau

Bahan Sirap Gula :
1 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
1 helai daun pandan - disiat dan simpul
3 kuntum bunga cengkih

Cara-cara :
1. Masak sirap gula hingga gula larut sengan api sederhana. Sejukkan.
2. Satukan kesemua bahan-bahan dalam periuk dan gaul rata. Tapiskan adunan dan kacau sentiasa dengan senduk kayu hingga pekat dan kilat. Hingga adunan meletup-letup.
3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang dibasahkan dahulu dan sejukkan.
4. Hidang sejuk bersama sirap gula.


 

5 ulasan:

  1. Salam.. Sedapnya bubur sum sum. Fav LM ni. Mgu leas beli tepung beras nk buat x terbuat2. Huhu

    Tq singgah blog LM. Hihi menjawab soalan x blh tido tu bln sbb atkins, tp sbb mata x blh tido dah dua malam. Tak tau pk apa. Faktor cuaca gak sbb panas. Sejak bisa badan x bukak aircond tu yg x blh tido

    BalasPadam
  2. rasa dah lapan kali telan ailio tngok bur sum sum tu haaa..

    BalasPadam
  3. Teringat masa kenduri kahwin dikampung, antara kuih wajib dibuat....tapi nak masak satu kawah punyalah siksa, kena kacau tak berhenti berjam2, macam masak dodol pula! Tapi bila makan...cepat jer, hhehe

    BalasPadam
  4. tun xpenah mkn bubur sumsum ni sblm nih.. aritu try buat, pastu kacau lama sgt dlm periuk, jd pejal..hihi.. ingatkn mmg mcm tu, lps tu baru tau dia lembik rupa2nya.. nx time buat kene masak kejap je.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)