my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Donut Gebu/Lembut

Semua orang suka donut betul tak? Bukan budak2 je, emak2 pun sama. Anak tak habis makan, emak yang bedal...hehe...
Kakpb buat frozen untuk si bujang kecik tu sarapan pagi. Hari2 donut pun takpe. Resipi dikongsi oleh Ayu CR yang diturunkan dari ibunya. Kakpb copy paste disini.....terima kasih Ayu..


DONUT GEBU/LEMBUT
@blogsurirumah

500gram tepung gandum, kalau guna tepung high Protein pun okey. Warna donut putih jer.
2 sudu majerin
1 sudu teh garam
3 sudu susu tepung (kebetulan susu anak daraku ada.. guna jer)
3 sudu gula pasir.
11gram mauripan
sedikit air sejuk yang disimpan dalam peti ais ( guna apabila adunan belum lembut)


Cara Menyediakan:

1. Kembangkan mauripan guna air suam. Biarkan.
2. Dalam satu mangkuk masukkan tepung, buat lobang ditengahnya, masukkan gula, susu dan majerin. Adun mesra kesemua bahan.
3. Tuang mauripan kedalam adunan. Uli kesemuanya hingga menjadi doh. Masukkan garam yang sudah dilarutkan dalam air suam.
4. Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air simpanan dalam peti ais. Uli lagi.
Adunan doh yang siap diuli.
Terus terap pada acuan, sebelum tu guna pengelek untuk meratakan doh.Hasil seperti diatas.
5 minit kemudian donut akan berkembang dengan jaya. Masa ini korang dah boleh panaskan api kuali, boh minyak yang banyak untuk tengelamkan donut yang belum dimasak. Apabila minyak panas. Masukkan donut kedalam kuali.

 

Kakpb canai leper sikit sebab acuannya besar..


Gebu dan lembut....
Donut tanpa telur....

nota kakpb: takde sukatan air dari peti ais, kakpb agak2 sendiri je.

4 ulasan:

  1. wah nampak pun memang gebu ni kak PB...

    BalasPadam
  2. Kak Zana - Saya pun suka donut.. tapi "donut kampung"..lagi2 kalau tgh panas2, "donut2 bandar" yg mcm terjual dekat dunkin donut (yg salut manisan2, coklat2 tu) saya tak gemar.

    BalasPadam
  3. Sedapnya donat ini. Nak cuba juga nanti akak.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)