my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Rendang Pedas Daging

Masa anak kakpb kena chicken pox hari tu, memang pening kepala nak masak apa. Dia bosan hari2 makan sup ayam. Ibu ayah dia lagi la bosan. Boleh makan daging, ayam, ikan pun pilih2, ada yang tak boleh. Seafood memang dilarang. Untuk 2 minggu yang lepas hingga sekarang (sebab masih ada parut) kakpb takde masak udang, ketam, sotong atau seumpamanya.

Teringat nak masak rendang daging, makan dengan nasi impit dan kuah kacang. Tapi kakpb taknak resipi daging yang biasa kakpb masak. Cari2 kat myresipi, jumpa yang ni, simple dan nampak sedap. Cuma resipi asal guna ayam, kakpb tukarkan dengan daging. Daun kunyit tak letak sebab takde, lagipun kalau ada daun2 gitu dah tentu sibujang tu tak makan.



Resipi asal di SINI kakpb gantikan dengan daging saja.

RENDANG DAGING PEDAS
@blogsurirumah

  • 500 gm daging lembu - potong kecil/kiub
  • 15 - 20 biji cili kering - kisar (kakpb tambah cili padi dan kurangkan cili kering)
  • 5 batang serai - dihiris (**)
  • 2 inci halia - dihiris (**)
  • 1 cawan kelapa parut
  • 10 biji bawang merah - dihiris (yang ni kakpb blend)
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 2 helai daun kunyit - tak letak
  • 300ml santan pekat - dibancuh dengan air secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

  1. Potong daging nipis2 atau mengikut citarasa sendiri. Bersihkan dan masukkan ke dalam kuali.
  2. Masukkan bawang hiris/kisar dan kunyit.
  3. Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur bersama sedikit air @ gunakan santan yang telah dibancuh tadi. Tuangkan ke dalam kuali berisi daging tadi.
  4. Kemudian kisar pula kelapa parut sedikit. Jangan sampai hancur pulak. Tuangkan ke dalam kuali.
  5. Masukkan garam dan perasa dan kacau hingga sebati.
  6. Masak sehingga daging empuk dan kering kuahnya. Jika perlu, tambahkan air.
  7. Setelah kuahnya kering, masukkan hirisan daun kunyit. Masak lagi hingga kuahnya betul2 kering.

tanpa daun kunyit

Sedap makan dengan nasi impit sesekali....

7 ulasan:

  1. Sedap ni kak... boleh lah masak raya haji nanti :)

    BalasPadam
  2. Sedapnya rendang daging tu...gandingan mantap pulut kuning,ketupat,nasi lomak...nyum nyum

    BalasPadam
  3. Sedapnya rendang daging... lagilah yang pedas, tu yang tak pandai nak berenti makan tu!

    BalasPadam
  4. makan dengan pulut kuning sedap zana..

    BalasPadam
  5. rajin betul cuba resepi lain.. kalau sy.. yg sy tau tu.. tulah resepinya, hihih

    BalasPadam
  6. masak rendang x pernah jadi.. huhuhu

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)