sedang tunggu di lobi Hotel Promenade
Hari sabtu (3hb) kakak ku call, katanya jiran yang berdepan dengan rumah mak nak datang KK. Dia dah ambil nombor talipon ku dan bila dia sampai, mungkin dia nak jumpa kami sekeluarga. Dia datang bertiga. Sebenarnya dia dah biasa bercuti ke Sabah, cuma kali ni mungkin nak bawa anak perempuan dia makan angin.

Petang sabtu tu, Ustad (kita orang dah macam keluarga dgn ustad ni, susah senang sama2) tel. suami ku tapi sebab dah hampir maghrib, rancangan untuk bawa mereka meronda ditangguhkan esok saje.

Sebenarnya, lepas ambil mereka di lobi hotel, konon nak kerumah ku. Ustad tak dapat join, dia kurang sihat. Bila dah dalam kereta, lain pulak tujuannya. Kami terus ke pasar kraf yang popular di KK. Aku pun tak pernah masuk lagi.........patut la ramai pelancong ke sini.....naik rambang mata ku. Nasib baik duit tak berapa nak ada..........kalau tak, mau rembat satu gelang ke.....brooch ke.....takpe la.....aku kan menetap di sini, anytime boleh datang......sediakan fulus je.....Ala....aku lupa snap gambar masa dalam kedai tu.
Lepas dah dapat apa yang kakDah nak (siap beli satu set rantai dan gelang, utk kawan pun dia beli gak), kami ke gerai ikan kering pula. Aku belikan untuk mak ikan bilis dan ikan keropok. Bukan taknak beli banyak tapi........kesian pula kakDah, barang dia lagi......takpe la, kalau jadi balik raya nanti, aku beli lebih untuk adik beradik yang lain.





Masa minum air kelapa, teringat kat kampung mak mertua. Selalu suruh adik ipar ambil kelapa muda belakang rumah. Buat dua jug tak sampai petang dah selesai.....

Selepas hantar mereka beli makanan untuk tengahari, terus hantar balik ke hotel. Aku dah pelawa datang rumah tapi di tolak, mungkin taknak menyusahkan aku sekeluarga. Lagipun rumah ku tu dah macam tongkang pecah.......maklum le...orang nak pindah...
Untuk kakDah.......kita rasa terlepas rindu kat mak walaupun hanya dapat berbual dengan kakDah. Terima kasih belanja air kelapa ye!!
Kecik je dunia ni kan... Kak Dah tu kak e kenal juga tau tapi kenal2dan tegur2 camtu je lah...
BalasPadam