my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Macam2 hal

Dari tingkap kondo rumah, hujan lebat setiap hari


Beberapa hari ni aku sibuk menguruskan hal rumah yang akan ku tinggalkan. Sukanya aku.......tak sabar nak angkat kaki........asyik menghitung hari nak pindah. Sebenarnya macam2 hal yang terjadi dalam seminggu ni. Sakit hati, rasa tertipu, sedih...........hinggakan nak telan maggi pun tak lalu tekak ni........

Dalam minggu ni pula kerap hujan petang. Ada yang kata, selalunya masuk bulan mei, cuaca di Sabah selalu begini. Harap2 masa angkat barang rumah nanti tak hujan. Bila hujan ni, semua rancangan selalu tergendala. Bukanlah tak mensyukuri nikmat yang di beri olehNya, cuma kalau tertangguh, mana la kami nak tinggal. Tuan rumah dah sms.........nak potong letrik dan air......hantar agen datang rumah, tanya bila nak pindah? Sedangkan sepatutnya tarikh kami keluar dari rumah, bulan mei. Bagi aku, nak potong.........potong la.....aku peduli hape? Susah berurusan dengan orang yang tak boleh di bawa berbincang. Semua yang kita cakap, tak berguna, tolak tepi. Mentang2 la kita ni tak berpangkat besar. Sampaikan masa nak pindah nanti agen tu nak datang tengok.........agaknya dia ingat kita ni kebulur sangat dengan harta dia yang dah nak reput tu.......takde aku hingin.....

Sabtu lepas.........sempat aku dengan suami ronda2 kat kedai batu2 kristal di Jamilah. Pertama kali aku masuk.......fuhh...rasa nak beli semuanya. Tapi nak beli dengan apa? Tengah pokai sekarang ni........tengok je jawabnya........Elok jugak, boleh release tension kalau tengok kristal dan mutiara ni.........ada duit nanti aku nak beli dan buat sendiri (harap2 tercapai niat aku ni sebab aku memang minat sangat)

Kampung Air..............pertama kali aku pergi sini. Mula2 dengar orang cakap kg air, mati2 aku ingat perkampungan yang di bina ditepi laut. Rupa kisahnya........nama je kg air........kalau la suami tak bawa ronda hari tu, sampai bila2 pun aku takkan tau.

Merantau di tempat orang ni macam2 perkara baru yang kami belajar dan bila dah terkena, kami akan ingat sebagai pengajaran. Peristiwa lucu kami bila terbeli surat khabar 'semalam' atau dah lepas sehari. Kami selalu shopping barang2 dapur di Survey, kalau di semenanjung macam Tesco. Di kaki lima Survey tu ada gerai surat khabar. Biasanya paper di sini paling lewat pukul 11.30 am baru ada (b.harian, metro dll). Hari tu kami shopping awal sikit, 10.30 am. Bila keluar dari Survey, suami ku nampak la harian metro ni dah ada kat situ. Dia pun apa lagi........wah...selalu lewat, hari ni pagi2 dah sampai......(dia pun beli tanpa melihat tarikh pd surat khabar tu..)
Sampai je rumah, aku pun tumpang sekaki baca tapi aku rasa macam dah baca. Suami ku kata, memang la awak dah baca kat intenet......ceh...ayat cover diri tu......lepas tu dia pun tengok tarikh kat atas..........hah!! sah surat khabar semalam! nak tergelak ada, nak marah pun ada.........pelik jugak orang yang menjual tu tak bagitau......tapi tak boleh salahkan dia, betul tak? sendiri yang salah, main beli je.......

Dalam sedih2, ada juga selingan kisah2 lucu dalam kehidupan kami. Apapun berlaku, aku tak pernah putus asa atau menyesal. Cabaran yang datang menjadikan kami lebih tabah. InsyaAllah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)