my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Lepak di One Borneo


Semenjak tinggal di sini, kerap takde elektrik, bukan sekejap..........dalam seminggu, boleh di katakan setiap hari terputus bekalan. Kalau setengah jam tu ok la.......ni tak....sampai 2 jam. Hari minggu, masa berehat dengan famili pun terganggu. Pukul 9 pagi dah buat hal. Jadi, kami tak boleh duduk lama2 di rumah sebab kawasan sini panas (mungkin sebab cuaca memang panas skrg di KK). Terus bersiap untuk sarapan pagi dan lepas tu ke One Borneo.


Awal tiba di One Borneo, lebih kurang 10.30 pagi. Bagaimanapun kedai2 dah banyak yang buka. Kami hanya cuci mata, nak shopping.......duit tak berapa nak ada.....bajet lari....tengok sana, tengok sini......rupanya ada audition 'Pilih Kasih'.....


Aku harap2 la si hero malaya ada datang jadi juri. Mana tau kan.......dapat sekeping dua foto Rosyam Nor yg tengah meletop sekarang. Tapi hampa.......si Erma Fatima jadi juri........Layan kejap audition, best pulak tengok anak2 muda sekarang ni berlumba2 nak jadi pelakon dan penyanyi. Ada yang over acting, ada yang malu2, ada yang tak ready dialog dan ada juga yang datang ujibakat semata2 kerana adik yang suruh. Macam2 hal...........


Hingga 1.30 pm kami di sana, sebenarnya bukan nak lama2 tapi saje tunggu surat khabar hari minggu. Tadi budak perempuan tu kata 1.30 pm baru ada paper, datang sekali lagi, 2.30pm pulak............sudahnya kami pulang aje........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)