my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Bersyukurlah!


Salam Sejahtera....
Kad di atas aku ambil dari http://www.e-zakat.com.my/ (jgn lupa nanti bayar zakat tu...) Dah 2 hari berlalu umat Islam berpuasa. Macam mana semuanya? Sejak beberapa hari ni hajat aku nak bercakap dengan mak tak kesampaian. Apa la yang dia masak agaknya? Siapa yang teman dia berbuka? Sedih la........bagaimanapun aku selalu mendoakan yang terbaik untuk mak dan keluarga semua. Hanya doa yang dapat ku panjatkan bila berjauhan begini.

Hari ni kami berbuka dengan bubur kacang (masak lebih, bagi jiran2), lauk ikan masak lemak cili api, daging kicap, terung sambal dan kerabu mangga dgn ikan rebus. Mesti korang fikir, banyaknya masak.......orangnya bertiga je.......sebenarnya masak lebih sikit tadi untuk adik ipar dan kawan dia bawa balik ke rumah sewa. Kalau kami bertiga biasanya masak simple je......

Kami ni jarang berbuka puasa di luar. Sejak dulu lagi, boleh dikira berapa kali je. Sebabnya, aku dan suami memang tak suka sangat bersesak2, satu hal lagi susah nak cari meja kosong. Lepas tu nak terkejar2 cari surau, sembahyang maghrib. Baik makan di rumah, puas hati. Syukurlah dengan apa yang ada walau tak mewah mana. Asalkan kenyang......banding dengan orang miskin, yang tak mampu makan itu ini......

3 ulasan:

  1. bila baca bab bubur kacang ....

    terus soh mak masak bubur kacang arini ...

    lama tul tak makan bubur kacang ...

    Puan, selamat berpuasa buat Puan sekeluarga ...

    * jangan tanya khbar mak arini..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah,

    Hari ini, dapat juga saya makan bubur kacang ... hehhe

    Lama betul tak makan. Sampai mak pun mengaku ...

    TQ

    BalasPadam
  3. terima kasih Razif dan selamat berpuasa juga pd Razif sekeluarga.

    mak kita memang gitu kan? apa anak nak mesti dia usahakan, tak kira anak tu dah beristeri atau bujang...

    mulia sungguh hati mak....tersentuh sangat..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)