my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Bila ku pandang....

Salam Sejahtera....

Hari ke lima kita berpuasa.......hai...tak sabar nak balik semenanjung....dalam kepala otak ni asyik ingat Bangi, Putrajaya, Alamanda je....tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat kita memadu kasih dengan orang tercinta dan keluarga tersayang. Sabar la wahai hati........akan tiba jua hari di nanti....

Sejak awal puasa hari tu, malas betul nak snap gambar masakan. Kali ni rajin pulak......sebab...dua jenis masakan ni mengingatkan aku pada dua orang yang aku kasihi.


Asam pedas kepala ikan tenggiri...........aku akan teringat pada mak bila terpandang lauk ni. Kalau air tangan dia, memang pujian melambung aku berikan. Ada orang lain yang datang makan di rumah lauk ni, boleh hirup kuah pedas2 tu........aku pulak...kalau kerumah mak, selalu tapau bawa balik. Kepala ikan tu ntah apa yang sedap, aku pun tak tau. Orang kata makan kepala ikan ni boleh jadi pelupa, betul kot..... tapi kita dah tua2 ni memang memanjang je lupa.....bagaimanapun aku tak galakkan anak ku makan kepala ikan. Taknak macam aku dulu, kalau makan mesti nak bahgian kepala.

Ikan kembong tauco ni pula mengingatkan aku pada arwah tok perempuan aku masa di Johor dulu. Dah lama aku tak makan lauk macam ni. Arwah tok kalau masak suka letak cili padi. Perghh....makan masa panas2.......memang menyelerakan. Sebenarnya semalam pun aku dah masak tauco ni, esoknya aku buat lagi. Ikan kembong memang favourite aku, tak kira la masak apa pun. Kat Sabah ni ikan pula segar2.
nota: akhir2 ni rasa tak sabar nak terbang pulang....

3 ulasan:

  1. Baru je tgk asam pedas kat umah kak umi.. kat umah akak pon asam pedas gak ek..huhu...sodapnye hirup2..

    BalasPadam
  2. tu la...kebetulan puasa2 ni ramai plak teringin asam pedas, kalau ada belimbing..lg sedap agaknya kan..

    BalasPadam
  3. kak zana org Bangi ker??? Nway dah lama x pi semenanjung. raya nanti kak zana balik ye??? mesti meriah kan.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)